Connect with us

Antarabangsa

Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas

Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Iran, Ebrahim Raisi.
  • Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.
  • Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi dilaporkan mengesahkan helikopter dinaiki Raisi telah melakukan “pendaratan keras” di bandar Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur di barat laut Iran.
  • Beberapa pegawai kanan termasuk Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan Gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, menaiki helikopter sama.
  • Pasukan penyelamat dilaporkan tiba di tempat kejadian beberapa jam selepas insiden dan memulakan operasi mencari sedang berlaku.
  • Cuaca berkabus dan kawasan tidak dapat dilalui menyukarkan operasi pencarian, lapor IRNA.
  • Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan dan kecederaan insiden nahas helikopter membabitkan Presiden Iran itu dilaporkan media. 
  • Terdahulu pada Ahad, Presiden Ebrahim Raisi dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menghadiri majlis perasmian empangan di Sungai Aras yang dibina kedua-dua negara berjiran itu. 

Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.

Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi dilaporkan mengesahkan helikopter dinaiki Raisi telah melakukan “pendaratan keras” di bandar Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur di barat laut Iran.

Beberapa pegawai kanan termasuk Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan Gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, menaiki helikopter sama, menurut beberapa laporan.

Pasukan penyelamat dilaporkan tiba di tempat kejadian beberapa jam selepas insiden dan memulakan operasi mencari yang sedang berlaku.

Cuaca berkabus dan kawasan tidak dapat dilalui menyukarkan operasi pencarian, lapor IRNA.

Memetik Ketua Bulan Sabit Merah di negara terbabit, agensi berita Iran itu berkata jumlah anggota menyelamat dihantar ke kawasan terbabit meningkat dari 20 kepada 40 pasukan.

Agensi berita Tasnim melaporkan ada tiga helikopter dalam konvoi Presiden Iran itu dengan dua daripadanya, membawa beberapa menteri dan pegawai, dilaporkan selamat tiba di destinasi.

Agensi berita itu melaporkan beberapa pegawai bersama Raisi ketika kejadian terbabit sempat memaklumkan apa yang menggambarkan bahawa insiden itu tidak menyebabkan kecederaan serius.

Terdahulu pada Ahad, Presiden Ebrahim Raisi dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menghadiri majlis perasmian empangan di Sungai Aras yang dibina kedua-dua negara berjiran itu. 

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan dan kecederaan insiden nahas helikopter membabitkan Presiden Iran itu dilaporkan media. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending