Pengguna internet mengecam pelakon dari India yang membuat jenaka berhubung poligami di media sosial selepas video lama itu tular semula di laman sosial.
Dua belas anggota polis didakwa di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India (IPC) termasuk pertuduhan membunuh seorang lelaki Islam berusia 45 tahun atas dakwaan penyembelihan lembu.
Pasangan suami isteri Kristian dibelasah dan dituduh melakukan penukaran agama secara paksa oleh sekumpulan pelampau Hindutva.
Seorang menteri di negeri Odisha di timur India maut selepas ditembak oleh seorang anggota polis.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari kasta Dalit dibunuh dan digantung sekumpulan lelaki dari kasta atasan.
Hampir 300 pemimpin pelbagai agama berhimpun di New Delhi bagi menunjukkan solidariti dengan penganut Kristian yang dipaksa meninggalkan rumah mereka di negeri Chhattisgarh, India.
Pemimpin kumpulan Hindu tampil menyokong komuniti gay dan transgender, beberapa hari sebelum kerajaan India memberi maklum balas berkaitan petisyen membenarkan perkahwinan sejenis kepada Mahkamah Agung.
Seorang wanita Dalit diserang secara kejam kerana beribadah di dalam sebuah kuil Hindu di Bangalore.
Pesta seni sekolah yang diadakan di Kozhikode, Kerala baru-baru ini mengundang kontroversi selepas seseorang yang berpakaian Islam digambarkan sebagai pengganas semasa persembahan.
Kediaman yang diubah menjadi masjid kemudian diserahkan kepada Lembaga Wakaf dibantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), ahli Sri Ram Sena dan penduduk Hindu tempatan.