Connect with us

Terkini

UPU bukan satu-satunya laluan ke universiti awam – Majlis Profesor Negara

Published

on

Foto: Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose.
  • “Saya percaya masyarakat umum mungkin mempunyai tanggapan bahawa kemasukan yang tulen adalah melalui UPU. Luar daripada UPU itu macam tak laku, macam pintu belakang dan sebagainya. Itu satu pemikiran yang perlu kita betulkan,” – Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose daripada Majlis Profesor Negara
  • Menurutnya, proses tersebut tidak berlaku sewenang-wenangnya kerana setiap tawaran tetap melalui jawatankuasa akademik di peringkat fakulti, senat universiti dan lembaga universiti sebelum mendapat kelulusan yang berkaitan.
  • “Tidak ada pintu belakang. Semuanya pintu yang sama, diproses oleh badan yang sama, oleh jawatankuasa akademik, oleh fakulti, oleh senat, oleh lembaga,” katanya.

BANGI — Persepsi bahawa Unit Pusat Universiti (UPU) merupakan satu-satunya laluan sah untuk memasuki universiti awam perlu diperbetulkan kerana mekanisme itu diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar melalui saluran perdana, bukannya menjadi satu-satunya pintu masuk ke institusi pengajian tinggi.

Pandangan itu disuarakan Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose daripada Majlis Profesor Negara ketika Forum Bicara Persada anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), yang membincangkan pelaksanaan saluran terbuka di universiti awam.

Menurut beliau, masyarakat umum mungkin mempunyai tanggapan bahawa kemasukan melalui UPU merupakan satu-satunya laluan yang sah, manakala kemasukan di luar UPU sering dilihat sebagai “pintu belakang”.

“Saya percaya masyarakat umum mungkin mempunyai tanggapan bahawa kemasukan yang tulen adalah melalui UPU. Luar daripada UPU itu macam tak laku, macam pintu belakang dan sebagainya. Itu satu pemikiran yang perlu kita betulkan,” katanya.

Beliau menjelaskan UPU sebenarnya ditubuhkan untuk menyelaras kemasukan pelajar bagi pengambilan perdana berdasarkan keperluan tenaga kerja negara, manakala universiti masih mempunyai ruang untuk menawarkan kemasukan melalui saluran lain mengikut mekanisme yang dibenarkan.

Menurutnya, proses tersebut tidak berlaku sewenang-wenangnya kerana setiap tawaran tetap melalui jawatankuasa akademik di peringkat fakulti, senat universiti dan lembaga universiti sebelum mendapat kelulusan yang berkaitan.

“Tidak ada pintu belakang. Semuanya pintu yang sama, diproses oleh badan yang sama, oleh jawatankuasa akademik, oleh fakulti, oleh senat, oleh lembaga,” katanya.

Raduan berkata, bagi program tertentu, universiti juga perlu memperoleh kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan profesional sebelum sesuatu program boleh ditawarkan.

Beliau berkata dakwaan bahawa saluran selain UPU merupakan “pintu belakang” seolah-olah memberi gambaran bahawa universiti melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan, sedangkan semua proses masih tertakluk kepada sistem tadbir urus akademik yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam, Prof. Datuk Dr. Mad Amin Mat Taib berkata saluran terbuka tidak pernah mengambil kuota pengambilan melalui UPU, malah pelaksanaannya dipantau oleh Bahagian Inspektorat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan berkaitan.

Beliau turut menegaskan semua calon yang memohon melalui saluran terbuka tetap perlu memenuhi syarat kemasukan akademik dan syarat badan profesional yang ditetapkan.

“Kalau anak saya pun tak cukup syarat, dia tak boleh masuk program,” katanya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author