Terkini
PRN Johor: PAS pertahan kuasa politik Melayu Islam, Tolak undi PH
- PAS menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
- Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada Isnin, 29 Jun, seperti diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan media.
KUALA LUMPUR — PAS menetapkan lima ketetapan utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri itu serta menyeru pengundi supaya tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH).
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada Isnin, 29 Jun, seperti diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan media.
Menurut kenyataan tersebut, PAS akan menggerakkan seluruh jenteranya di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada PRN Johor.
Selain itu, parti berkenaan turut beriltizam menyantuni seramai mungkin pengundi daripada segenap lapisan masyarakat menerusi slogan kempen “Jom Jaga Johor”.
PAS pada masa sama menyeru pengundi supaya tidak memberikan undi kepada PH, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PH.
Dalam kenyataan sama, PAS turut memutuskan untuk menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung selepas PRN Johor.-The Merdeka Times