Terkini
UMNO raih 3,716 ahli baharu dalam 24 jam, Majoriti anak muda
- “Tak sampai 24 jam sistem baharu pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
- Asyraf Wajdi turut merakamkan penghargaan kepada semua yang memilih untuk menyertai parti itu, sambil menyifatkan penyertaan tersebut sebagai sebahagian daripada “perjuangan suci”.
KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan 3,716 ahli baharu dalam tempoh kurang 24 jam selepas sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian diperkenalkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut menunjukkan sambutan menggalakkan, khususnya daripada golongan muda yang dilihat mendominasi pendaftaran awal.
Menurut beliau, perkembangan itu diperoleh selepas beliau menyemak dan meluluskan sendiri permohonan keahlian melalui sistem dashboard parti pagi tadi.
“Tak sampai 24 jam sistem baharu pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau mengakui proses meneliti dan meluluskan permohonan tersebut memerlukan usaha yang intensif, namun menyifatkannya sebagai sesuatu yang letih tetapi menyeronokkan dan mengujakan.
Asyraf Wajdi turut merakamkan penghargaan kepada semua yang memilih untuk menyertai parti itu, sambil menyifatkan penyertaan tersebut sebagai sebahagian daripada “perjuangan suci”.-The Merdeka Times