Connect with us

Terkini

Bekalan makanan negara masih mencukupi, tiada krisis makanan – Chan

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin turut menegaskan, negara tidak menghadapi krisis makanan.
  • Menurutnya, ini susulan langkah-langkah proaktif dilaksanakan kerajaan dalam memastikan bekalan stok negara kekal termasuk mempertingkat stok beras daripada enam hingga sembilan bulan.

KUALA LUMPUR  – Bekalan makanan masih mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di negara ini, jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

Beliau turut menegaskan, negara tidak menghadapi krisis makanan. 

Menurutnya, ini susulan langkah-langkah proaktif dilaksanakan kerajaan dalam memastikan bekalan stok negara kekal termasuk mempertingkat stok beras daripada enam hingga sembilan bulan.

“Sepertimana saya maklumkan sebelum ini, negara tidak menghadapi krisis makanan. Bekalan makanan mencukupi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan akses kepada rakyat sentiasa terjamin ketika berhadapan dengan konflik di Asia Barat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia merupakan tanggungjawab yang sedang dan akan terus dilaksanakan.

Pada 13 Mac, kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun ini walaupun ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat. 

Konflik di Asia Barat susulan serangan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel ke atas Iran telah mencetuskan kebimbangan besar terhadap kestabilan pasaran tenaga global. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author