Connect with us

Terkini

RUU 5/2026 didakwa gagal pisahkan kuasa, PM masih ada pengaruh lantik pendakwa raya

Published

on

Foto: Kenyataan Media Bersama
  • Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), C4 Center, IDEAS, Projek SAMA, #RasuahBusters, IKRAM Malaysia dan ABIM.
  • “Kami dengan rendah diri berpendapat bahawa walaupun Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung, beliau terlibat secara tidak langsung melalui pelantikan Pengerusi SPKP di mana Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri, juga merupakan Pengerusi SPKP, yang sekarang mempunyai peranan besar dalam pelantikan pendakwa raya. Selain itu, RUU ini tidak menjelaskan bahawa hanya nama atau nama-nama yang dicadangkan oleh SPKP mesti dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong,” jelas kenyataan tersebut.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) 5/2026 bagi memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya disifatkan tidak menepati semangat pemisahan yang sebenar, malah didakwa masih membuka ruang kepada pengaruh eksekutif dalam proses pelantikan Pendakwa Raya.

Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), C4 Center, IDEAS, Projek SAMA, #RasuahBusters, IKRAM Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Menurut kenyataan itu, pemisahan yang sebenar adalah pemisahan yang dapat menyeimbangkan kuasa pendakwaan dan perlindungan kepada institusi tanpa ada mana-mana satu individu memegang kekuasaan penuh dalam proses ini.

Mereka turut membangkitkan kebimbangan terhadap tahap kebebasan dan jaminan keselamatan dalam pelantikan Pendakwa Raya seperti yang dicadangkan dalam RUU berkenaan.

RUU itu mencadangkan bahawa Pendakwa Raya dilantik  Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya, atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut berpendapat Perdana Menteri masih mempunyai pengaruh tidak langsung melalui pelantikan Pengerusi SPKP, memandangkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri, turut mempengerusikan SPKP.

“Kami dengan rendah diri berpendapat bahawa walaupun Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung, beliau adalah terlibat secara tidak langsung melalui pelantikan Pengerusi SPKP di mana Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri, juga merupakan Pengerusi SPKP, yang sekarang mempunyai peranan besar dalam pelantikan pendakwa raya.

“Selain itu, RUU ini tidak menjelaskan bahawa hanya nama atau nama-nama yang dicadangkan oleh SPKP mesti dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong,” jelas kenyataan itu lagi.

Mereka turut mempersoalkan cadangan pindaan terhadap Perkara 138(2)(c) Perlembagaan yang melibatkan perubahan dalam pelantikan anggota-anggota lain SPKP tanpa alasan munasabah.

“Perlu ditekankan bahawa sebarang pindaan kepada Perlembagaan bagi tujuan meluaskan kuasa budi bicara mana-mana pihak hanya harus dilakukan atas alasan perlu dan berkadaran (“necessary and proportionate) dan hanya setelah diberi peluang semakan secara terperinci oleh ahli-ahli Parlimen,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Pendakwa Raya baharu bakal memegang kuasa besar untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan.

“Dalam kerangka yang dicadangkan melalui RUU ini, persoalan timbul sekiranya berlaku situasi yang memerlukan Pendakwa Raya untuk mempertimbangkan tindakan jenayah terhadap mana-mana anggota atau kerabat diraja.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) tidak boleh memainkan peranan ini kerana keahlian SPKP terdiri daripada mereka yang dilantik ke jawatan rasmi mereka oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan berkenaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author