Connect with us

Terkini

‘Mereka layan kami seperti binatang’ – Tamim Dahri

Published

on

Foto: Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak.
  • Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mendedahkan beliau menerima layanan tidak berperikemanusiaan sepanjang tempoh tahanan reman di lokap IPD Gombak, baru-baru ini.
  • “Kami dibogelkan sebelum diberikan baju lokap di hadapan anggota. Ketua lokap juga melayan kami sama seperti penjenayah yang lain.
  • “Saya tidak faham kenapa perlu melayani kami seperti binatang. Apabila saya minta al-Quran, mereka tidak mahu bagi. Katanya tempat itu kotor,” katanya.

KUALA LUMPUR – Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mendedahkan beliau menerima layanan tidak berperikemanusiaan sepanjang tempoh tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, baru-baru ini.

Difahamkan perkara itu terjadi selepas beliau memberi keterangan berhubung tindakan merobohkan Kuil Utchimalai Muneswaran di Rawang, yang didakwa dibina secara tidak sah di atas tanah milik Yayasan Kubra.

Selepas hadir ke IPD Gombak pada 11 Februari untuk memberi keterangan, beliau bersama beberapa individu lain telah ditahan oleh unit siasatan jenayah.

Tamim Dahri berkata, mereka melayannya dan individu lain bersamanya seperti binatang, dibentak-bentak seperti pesalah.

“Kami dibogelkan sebelum diberikan baju lokap di hadapan anggota polis. Ketua lokap  juga melayan kami sama seperti penjenayah yang lain. 

“Saya tidak faham kenapa perlu melayani kami seperti binatang. Apabila saya minta al-Quran, mereka tidak mahu bagi. Katanya tempat itu kotor.

“Mereka tahu tempat itu kotor tetapi sengaja dibiarkan kotor. Kepada ‘cikgu-cikgu’ lokap yang menguruskan kami. Bertakwalah kamu semua kepada Allah!” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tamim Dahri berkata beliau dan rakan seperjuangan lain dibawa ke sel yang dipenuhi 26 tahanan dengan ruang tidur dan solat sangat berdekatan dengan tandas yang busuk.

“Kami hanya bersolat di depan jamban terbuka itu. Semoga Allah menerimanya. Aku doakan semoga Allah memberi hidayah kepada anggota-anggota polis yang menzalimi kami. Aku akan tuntut kezaliman mereka di hadapan Allah kelak.

“Ada antara kami yang terpengsan mungkin kerana kepenatan. Aku minta ‘cikgu lokap’ untuk periksa tapi mereka dengan kasar membentak,” tegasnya.

Kes tersebut seterusnya dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang bagi permohonan reman tambahan. Namun, keputusan reman tambahan itu kemudian dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tamim Dahri menegaskan beliau tidak akan menghentikan perjuangannya berhubung isu yang dibangkitkan.

“Demi Allah, aku tidak akan berhenti perjuangkan isu ini. Hanya dengan terpisahnya roh aku dari jasad, barulah perjuangan aku ini akan berhenti selamanya,” ujarnya. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author