Terkini
Kontroversi rampasan DBKL selesai, MRM teruskan ‘street’ dakwah
- Isu rampasan reruai Street Dakwah MRM oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui titik penyelesaian selepas satu pertemuan hampir 45 minit diadakan di antara Firdaus Wong bersama Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin.
- “Perbincangan hampir 45 minit. Datuk Azman menzahirkan sokongan kepada usaha dakwah MRM. Banyak juga perkara lain dibincangkan selain isu reruai MRM. Konklusi dari perbincangan? Barangan street dakwah MRM yang dirampas DBKL akan dipulangkan dan Street Dakwah MRM diteruskan macam biasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, memaklumkan barangan Street Dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM) akan dipulangkan semula oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Malah tambah beliau, aktiviti yang dijalankan oleh MRM selama ini juga dibenarkan dan diteruskan seperti biasa.
Isu rampasan reruai Street Dakwah MRM oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui titik penyelesaian selepas satu pertemuan hampir 45 minit diadakan di antara Firdaus Wong bersama Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin.
Pertemuan tersebut diadakan susulan tindakan penguatkuasaan terhadap reruai Street Dakwah yang dikendalikan MRM.
Menurut Firdaus Wong, perbincangan berlangsung dalam suasana positif dan terbuka.
“Saya dihubungi oleh pegawai kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin untuk satu pertemuan bagi membincangkan kontroversi reruai Street Dakwah MRM yang dirampas oleh DBKL.
“Perbincangan hampir 45 minit. Datuk Azman menzahirkan sokongan kepada usaha dakwah MRM. Banyak juga perkara lain dibincangkan selain isu reruai MRM.
“Konklusi dari perbincangan? Barangan street dakwah MRM yang dirampas DBKL akan dipulangkan dan Street Dakwah MRM diteruskan macam biasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Isu berkenaan mencetuskan perhatian apabila reruai Street Dakwah MRM dirampas pihak berkuasa tempatan, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.- The Merdeka Times