Terkini
(VIDEO) Langgar gencatan senjata: Israel bom khemah Gaza, 5 terbunuh termasuk 2 kanak-kanak
Jurucakap gerakan Hamas, Hazem Qasem, berkata Israel terus “meningkatkan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata.”
Beliau berkata peningkatan itu termasuk menyasarkan pusat perlindungan dan kem pelarian di tengah Bandar Gaza.
Tindakan itu katanya, membuktikan Israel meneruskan perang pemusnahan dengan perubahan tempo, tetapi menuju matlamat yang sama.
GAZA – Israel melancarkan serangan ke atas khemah pelarian yang menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang hilang tempat tinggal, di kawasan Mawasi, Khan Younis di Semenanjung Gaza.
Hospital Pakar Kuwait melaporkan kematian lima orang, termasuk dua kanak-kanak, dalam pengeboman yang dilakukan dron Israel itu.
Hazem Qasem, jurucakap gerakan Hamas, menegaskan bahawa Israel terus “meningkatkan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata.”
Beliau berkata peningkatan pencerobohan genjatan senjata oleh Zionis itu termasuk menyasarkan pusat perlindungan dan kem pelarian di tengah Bandar Gaza.
Dalam kenyataan media, Hazem menjelaskan bahawa tindakan berterusan seperti “pembunuhan, pemusnahan rumah, pengusiran penduduk, dan sekatan kemasukan bantuan”.
Tindakan itu katanya, membuktikan Israel meneruskan perang pemusnahan dengan perubahan tempo, tetapi menuju matlamat yang sama. – The Merdeka Times