Connect with us

Antarabangsa

Menteri Israel naikkan pangkat polis tembak mati 2 warga Palestin di Jenin

Published

on

Foto: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir
  • Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir memaklumkan kepada komander unit itu bahawa beliau akan menaikkan pangkatnya kepada timbalan pesuruhjaya.
  • Menteri itu melawat pangkalan unit tersebut untuk memaklumkan secara peribadi kepada komander berkenaan, yang dikenali sebagai “K”, mengenai kenaikan pangkat tersebut.
  • Tindakan itu dianggap sebagai “luar biasa” kerana komander unit dalam pasukan polis biasanya memegang pangkat yang lebih rendah.

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, telah memberikan kenaikan pangkat kepada seorang pegawai yang unitnya “melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam” terhadap dua warga Palestin tidak bersenjata di bandar Jenin, Tebing Barat yang diduduki, lapor media tempatan pada Ahad.

Ben-Gvir memaklumkan kepada komander unit tersebut bahawa beliau akan menaikkan pangkatnya kepada timbalan pesuruhjaya, lapor Haaretz yng dipetik TRT, sambil menyatakan bahawa keputusan itu dibuat sehari selepas video menunjukkan anggota unit melepaskan tembakan ke arah dua warga Palestin yang mengangkat tangan.

Menteri itu, yang mengetuai Parti Kuasa Yahudi sayap kanan ekstrem, melawat pangkalan unit tersebut untuk memaklumkan secara peribadi kepada komander berkenaan, yang dikenali sebagai “K”, mengenai kenaikan pangkat tersebut, tambah akhbar itu.

Laporan tersebut menggambarkan tindakan itu sebagai “luar biasa” kerana komander unit dalam pasukan polis biasanya memegang pangkat yang lebih rendah.

Pasukan Israel menembak mati dua lelaki Palestin pada Khamis.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa dua lelaki itu terbunuh dalam tembakan tersebut, dengan mengenal pasti mereka sebagai Montasir Abdullah, 26, dan Yusuf Asasa, 37.

Pihak berkuasa Palestin menuduh pasukan Israel melakukan pembunuhan kejam terhadap dua pemuda tersebut.

Menteri Keselamatan Negara Israel daripada sayap kanan ekstrem, Itamar Ben-Gvir, kemudian mengeluarkan kenyataan memberikan “sokongan penuh” kepada tentera dan unit polis yang terlibat dalam insiden tembakan ngeri itu.

“Semasa soal siasat, penyiasat menunjukkan rakaman kepada para pegawai, yang menunjukkan dua warga Palestin keluar dari sebuah rumah di Jenin dengan tangan mereka terangkat,” kata akhbar itu.

Selepas para pegawai menahani kedua-dua warga Palestin tersebut, mereka diarahkan supaya berbaring di atas tanah di pintu masuk bangunan, dan kemudian salah seorang pegawai menembak mereka mati dari jarak dekat.

Ben-Gvir memuat naik video pada Jumaat, memeluk komander unit dan menyatakan sokongan kepada unit tersebut sementara siasatan jenayah sedang berlangsung.

Tentera Israel telah meningkatkan serangan di Tebing Barat yang diduduki sejak Oktober 2023.

Lebih 1,085 warga Palestin telah terbunuh, dan 10,700 lagi cedera dalam serangan oleh tentera Israel dan peneroka Israel yang haram di wilayah yang diduduki.

Lebih daripada 20,500 orang juga telah ditangkap.

Dalam satu pendapat penting pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menyeru pemindahan semua penempatan di Tebing Barat yang diduduki dan Jerusalem Timur. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author