Terkini
(VIDEO) Hujan lebat dan banjir tenggelamkan khemah rakyat Palestin di Gaza
- Beberapa khemah pula rosak teruk akibat hujan di kawasan al-Mawasi di Khan Younis, Gaza manakala yang lain diterbangkan angin kencang.
- “Keadaan di bandar ini amatlah dahsyat disebabkan kemusnahan sebahagian besar jalan, rangkaian air dan pembetungan akibat perang Israel,” kata jurucakap Majlis Perbandaran Khan Younis, Saib Luqan.
- Hampir 900,000 orang di Khan Younis, Gaza kini berdepan keadaan tragis akibat cuaca buruk.
GAZA – Hujan lebat diikuti angin kencang dan banjir telah menenggelamkan puluhan khemah pelarian Palestin di selatan Gaza dalam keadaan cuaca buruk di wilayah itu.
Beberapa khemah pula rosak teruk akibat hujan di kawasan al-Mawasi di Khan Younis, Gaza manakala yang lain diterbangkan angin kencang.
“Keadaan di bandar ini amatlah dahsyat disebabkan kemusnahan sebahagian besar jalan, rangkaian air dan pembetungan akibat perang Israel,” kata jurucakap Majlis Perbandaran Khan Younis, Saib Luqan, kepada Anadolu yang dipetik TRT World.
Menurut pihak berkuasa tempatan, tentera Israel telah memusnahkan 220 kilometer rangkaian jalan dalam tempoh dua tahun lalu.
Hampir 900,000 orang di Khan Younis kini berdepan keadaan tragis akibat cuaca buruk.
Jurucakap itu menambah bahawa pasukan perbandaran bekerja dengan peralatan yang tidak mencukupi untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas oleh cuaca buruk.
Menurut Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza, 1.5 juta rakyat Palestin kini hilang tempat tinggal di Gaza, hidup dalam keadaan yang sangat teruk dengan akses yang amat terhad kepada keperluan asas dan perkhidmatan penting akibat perang dan sekatan Israel.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh hampir 70,000 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 170,900 orang dalam perang dua tahun yang bersifat pembunuhan beramai-ramai itu, yang telah memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut. – The Merdeka Times