Connect with us

Terkini

(VIDEO) Rafidah Ibrahim dakwa pemaju ‘berlebihan’ ketika operasi pengosongan rumah

Published

on

Foto: Selebriti dan aktivis masyarakat, Rafidah Ibrahim
  • “Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, ke manakah hilangnya sifat kemanusiaan? Anak saya sedang tidur ketika mereka masuk, lalu ketakutan sehingga menangis apabila rumah mula dipecahkan dan barang-barang kami dicampak hingga ada yang rosak.”- Rafidah Ibrahim
  • “Jika mengikut arahan mahkamah, tiada sebarang jentera berat sepatutnya masuk untuk merobohkan rumah, tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Kami tak bantah, malah beri kerjasama keluarkan barang-barang. Namun cara pemaju seolah-olah mahu menekan penduduk.”- Ratu Naga/Syarul Ema Rena Abu Samah

  

KUALA LUMPUR  – Selebriti dan aktivis masyarakat, Rafidah Ibrahim, meluahkan rasa kecewa dan mendakwa pihak pemaju bertindak tanpa perikemanusiaan ketika operasi pelaksanaan writ milikan kosong melibatkan 26 hak milik individu dengan 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru, hari ini.

Menurut Rafidah, beliau bersama keluarganya terkejut apabila dihalau secara keras oleh pihak pemaju semasa berada di kediamannya.

“Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, ke manakah hilangnya sifat kemanusiaan? Anak saya sedang tidur ketika mereka masuk, lalu ketakutan sehingga menangis apabila rumah mula dipecahkan dan barang-barang kami dicampak hingga ada yang rosak,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Rafidah turut memaklumkan bahawa selepas diarahkan keluar, beliau dan keluarganya kini tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Rumah asal saya sudah lama dirobohkan. Kini saya hanya menumpang di rumah jiran yang juga diarah keluar. Terus terang, saya tiada jawapan ke mana hendak pergi selepas ini,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan penduduk sebelum ini hanya menerima arahan untuk mengosongkan rumah, bukan untuk dipecahkan.

“Kami diberi arahan kosongkan rumah, tetapi hari ini mereka minta kami kosongkan sambil memecahkan kediaman kami. Adakah pemaju lebih berkuasa daripada kerajaan? Mereka bertindak seolah-olah ada ‘lesen besar’ untuk buat sesuka hati,” tegasnya.

Sementara itu, aktivis politik dan penyedia kandungan media sosial, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, turut mengecam cara operasi dijalankan.

“Jika mengikut arahan mahkamah, tiada sebarang jentera berat sepatutnya masuk untuk merobohkan rumah, tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Kami tak bantah, malah beri kerjasama keluarkan barang-barang. Namun cara pemaju seolah-olah mahu menekan penduduk,” katanya.

Ratu Naga menambah, walaupun semua penduduk memberi kerjasama, tindakan yang ditunjukkan seolah-olah tiada hati perut kerana memaksa dan mendesak mereka keluar dari rumah masing-masing.-The Merdeka Times

 

 

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author