Connect with us

Terkini

Dadah ‘zombi’ fentanyl 100 kali lebih kuat daripada morfin dikesan di Malaysia

Published

on

Foto: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay
  • Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kehadiran dadah tersebut dikesan melalui analisis sampel air kumbahan di Lembah Subang, yang turut mengandungi methamphetamine dan fentanyl.
  • “Penemuan ini hasil jalinan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melalui usahasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2022.” – Ayob Khan.

KUALA LUMPUR — Dadah ‘zombi’ (fentanyl) yang dikatakan 100 kali lebih kuat daripada morfin kini mula dikesan dalam pasaran di Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kehadiran dadah tersebut dikesan melalui analisis sampel air kumbahan di Lembah Subang, yang turut mengandungi methamphetamine dan fentanyl.

Selain itu, bahan terlarang tersebut juga telah dikesan di Johor, bagaimanapun sampel dari seluruh negara belum lagi diambil untuk melihat keseluruhan trend.

“Penemuan ini hasil jalinan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melalui usahasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2022.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author