Connect with us

Politik

Zakir Naik berucap di Perlis selepas dapat kebenaran mufti – Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis pertahankan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu memberi ruang kepada pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik berceramah baru-baru ini.
  • Menurut Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ia diketuai oleh sultan, kecuali bagi negeri tertentu seperti Wilayah Persekutuan.
  • Rozaimi berkata ceramah dilakukan Zakir di Kangar baru-baru ini sudah mendapat kebenaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • “Isu (hal ehwal) agama terletak dalam kuasa kerajaan negeri,” katanya dipetik Malaysiakini hari ini.

KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis mempertahankan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu memberi ruang kepada pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik berceramah baru-baru ini.

Menurut Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ia diketuai oleh sultan, kecuali bagi negeri tertentu seperti Wilayah Persekutuan.

Rozaimi yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berkata, ceramah dilakukan Zakir di Kangar baru-baru ini sudah mendapat kebenaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Isu (hal ehwal) agama terletak dalam kuasa kerajaan negeri,” katanya dipetik Malaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, Rozaimi turut berharap bidang kuasa berkenaan dihormati oleh semua pihak khususnya orang bukan Islam.

“Saya harap ahli parlimen bukan Muslim jangan masuk campur urusan orang Islam,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer membangkitkan persoalan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemunculan  Zakir Naik yang sebelum ini dikatakan dilarang berceramah di negara ini, namun baru-baru ini dilaporkan berceramah dalam satu program di Perlis.

Rayer menyoal kepada pihak PDRM sama ada larangan itu masih berkuatkuasa dan sekiranya masih berkuatkuasa mengapa Zakir tidak mematuhi larangan tersebut.

Pada 20 Ogos 2019, BERNAMA melaporkan semua program berkaitan  Zakir di seluruh negara adalah tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, menurut Free Malaysia Today pada Dis 2021, Zakir menafikan perkara itu, dan berkata tiada arahan sedemikian disampaikan kepadanya oleh polis. Beliau juga mendakwa telah mengesahkan perkara tersebut dengan ketua setiausaha kerajaan ketika itu. — The Merdeka Times

Author