Connect with us

Terkini

Cadangan usir rakyat Palestin ‘tidak waras’, bertentangan piagam, konvensyen antarabangsa

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu bertentangan dengan sokongan Malaysia serta masyarakat antarabangsa selama ini, selain melanggar resolusi PBB yang menyatakan rakyat Palestin berhak memiliki negara yang merdeka.
  • “Pengumuman untuk mengusir rakyat Palestin adalah sesuatu yang kita kesali. Kita tegaskan bahawa pagi ini, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan mengusir secara paksa rakyat Palestin.
  • “Rakyat Palestin sendiri menegaskan mereka tidak akan berganjak dari tanah air mereka. Malaysia telah lama menyokong perjuangan Palestin, bukan hanya sejak semalam, tetapi sejak dulu lagi, untuk hak mereka mendapat sebuah negara merdeka. Oleh itu, cadangan tersebut jelas bertentangan dengan sokongan kita selama ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Malaysia menyifatkan cadangan untuk mengusir secara paksa rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza sebagai sesuatu tindakan ‘di luar fikiran waras’ dan jelas bertentangan dengan konvensyen, piagam dan perjanjian antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu juga bertentangan dengan sokongan Malaysia serta masyarakat antarabangsa selama ini, selain melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa rakyat Palestin berhak memiliki negara yang merdeka.

“Pengumuman untuk mengusir rakyat Palestin adalah sesuatu yang kita kesali. Kita tegaskan bahawa pagi ini, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan mengusir secara paksa rakyat Palestin.

“Rakyat Palestin sendiri menegaskan mereka tidak akan berganjak dari tanah air mereka. Malaysia telah lama menyokong perjuangan Palestin, bukan hanya sejak semalam, tetapi sejak dulu lagi, untuk hak mereka mendapat sebuah negara merdeka. Oleh itu, cadangan tersebut jelas bertentangan dengan sokongan kita selama ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung reaksi Malaysia terhadap cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *