Connect with us

Antarabangsa

AS akan ambil alih Gaza – Trump

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Presiden Donald Trump bersama rakan sejawatannya dari Israel, Benjamin Netanyahu.
  • “Saya fikir Gaza sangat tidak bernasib baik bagi mereka” kata Trump.
  • Tidak lihat rakyat Gaza kembali ke semenanjung itu.
  • Pengumuman Trump dilihat sebagai satu provokasi.
  • “Gaza bukan tempat untuk orang tinggal.” – Trump.

Presiden Donald Trump pada hari Selasa berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengambil alih semenanjung Gaza dengan bantuan tentera Amerika. Trump turut mencadangkan bahawa rakyat Palestin yang tinggal di dalam Gaza perlu meninggalkan kediaman mereka.

Menurut media CNN, cadangan yang mengejutkan semua pihak ini berpotensi mengubah landskap Timur Tengah secara drastik dan menyebabkan lebih sejuta orang terpaksa berpindah.

“AS akan mengambil alih Jalur Gaza dan kami akan melakukan tugas dengan baik di sana,” kata Trump semasa sidang media bersama rakan sejawatannya dari Israel, Benjamin Netanyahu.

Beliau kemudian menggambarkan visi beliau untuk kawasan itu sebagai “Riviera” yang baru.

“Kami akan memilikinya dan bertanggungjawab untuk membuang semua bom dan senjata yang belum meletup serta meratakan kawasan itu dan merobohkan bangunan yang musnah,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk menghantar tentera AS bagi memastikan keselamatan di Gaza, Trump tidak menolak kemungkinan tersebut.

“Untuk Gaza, kami akan lakukan apa yang perlu. Jika perlu, kami akan lakukan itu. Kami akan mengambil alih kawasan itu dan membangunkannya,” katanya.

CNN dalam laporannya menyifatkan kenyataan Trump ini adalah satu pengisytiharan yang luar biasa dari seorang presiden Amerika Syarikat yang masih memegang jawatan, terutamanya apabila beliau muncul dalam arena politik Amerika dengan mengkritik peperangan panjang AS di Timur Tengah dan berjanji untuk mengembalikan pelaburan AS kepada rakyatnya.

Ini membuka pelbagai persoalan tentang bagaimana usaha pengambilalihan tanah ini akan dijalankan, apakah kuasa undang-undang yang ada, dan siapa yang akan membayar kos usaha tersebut.

“Saya melihat kedudukan pemilikan jangka panjang dan ia membawa kestabilan yang besar kepada Timur Tengah dan mungkin seluruh Timur Tengah,” kata Trump kepada wartawan di Bilik Timur Rumah Putih.

Jelasnya, keputusan ini tidak dibuat dengan mudah dan mendapat sokongan banyak pihak lebih-lebih lagi ia mampu mencipta ribuan peluang pekerjaan.

Tambah presiden AS itu, inilah bayangan masa depan Gaza yang sentiasa beliau inginkan iaitu sebahagian besarnya tidak melibatkan rakyat Palestin.

“Saya tidak fikir orang sepatutnya kembali ke Gaza,

“Saya dengar Gaza sangat tidak bernasib baik bagi mereka. Mereka hidup seperti dalam neraka. Gaza bukan tempat untuk orang tinggal, dan satu-satunya sebab mereka mahu kembali, dan saya yakin ini dengan kuat, adalah kerana mereka tiada alternatif,” jelas Trump dengan penuh keyakinan.

Cadangan Trump agar rakyat Gaza meninggalkan kawasan tersebut secara tetap merupakan satu pendirian provokatif yang akan menyukarkan beliau untuk diterima oleh negara-negara jiran Israel, yang telah menyatakan mereka enggan menerima pelarian Palestin baru dari wilayah itu.

Netanyahu, yang berdiri bersama di sebelah Trump tersenyum dan memuji Trump atas idea tersebut.

Jelasnya, idea luar kotak Trump ini mampu membantu Israel memastikan keselamatan mereka daripada terus diancam Hamas. – The Merdeka Times

Author