Antarabangsa
Kebakaran hutan LA: James Woods menangis selepas kehilangan rumah
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2025/01/Kebakaran-hutan-LA-James-Woods-menangis-selepas-kehilangan-rumah-01-1.jpg)
- Pelakon terkenal, James Woods dilaporkan menangis semasa temu bual CNN ketika dia menggambarkan tentang pemindahan dari rumah Pacific Palisadesnya di tengah-tengah kebakaran hutan Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS).
- Woods, 77, menjadi emosi apabila dia berkongsi bagaimana anak saudara isterinya menawarkan bantuan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran itu, lapor Daily Mail.
- Aktor Amerika itu sebelum ini pernah menulis di platform X supaya tiada gencatan senjata dicapai di Gaza ketika rakyat Palestin dibunuh kejam rejim zionis Israel.
- “No ceasefire. No compromise. No forgiveness (Tiada gencatan senjata. Tiada kompromi. Tiada kemaafan),” tulis Woods merujuk kepada genosid di Gaza.
Pelakon terkenal, James Woods dilaporkan menangis semasa temu bual CNN ketika dia menggambarkan tentang pemindahan dari rumah Pacific Palisadesnya di tengah-tengah kebakaran hutan Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS).
Woods, 77, menjadi emosi apabila dia berkongsi bagaimana anak saudara isterinya menawarkan bantuan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran itu, lapor Daily Mail.
Woods berkata anak saudara isterinya yang berusia lapan tahun “keluar dengan tabung kecilnya (little piggy bank) untuk kami membina semula rumah kami”.
“Saya minta maaf, hanya satu hari anda berada di dalam kolam dan seterusnya semuanya hilang,” kata pemenang Oscar itu sambil menangis.
Woods sebelum ini berkongsi video pemandangan dari rumahnya yang musnah di X.
“Saya mengambil ini malam tadi dari rumah kecil kami yang indah di Palisades.
“Sekarang semua penggera kebakaran berbunyi serentak dari jauh. Ia menguji jiwa, kehilangan segala-galanya sekaligus, saya mesti katakan,” kata Woods.
Aktor Amerika itu sebelum ini pernah menulis di platform X supaya tiada gencatan senjata dicapai di Gaza ketika rakyat Palestin dibunuh kejam rejim zionis Israel.
“No ceasefire. No compromise. No forgiveness (Tiada gencatan senjata. Tiada kompromi. Tiada kemaafan),” tulis Woods merujuk kepada genosid di Gaza.
Sekurang-kurangnya 1,000 bangunan musnah dan lima maut dalam insiden kebakaran hutan di AS itu. – The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)