Connect with us

Agama

(VIDEO) Mega Street Dakwah MRM beri peluang belia jiwai dakwah Nabi SAW

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung

KUALA LUMPUR — Program Mega Street Dakwah 2024 anjuran Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM)  yang diadakan di sini hari ini memberi peluang kepada sukarelawan daripada pelajar universiti dan orang awam merasai dan menjiwai bagaimana Nabi Muhammad SAW berdakwah.

Pengasas MRM yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata program yang telah diadakan selama 12 tahun itu memberikan peluang kepada sukarelawan, terdiri daripada pelajar IPTA, IPTS dan orang awam yang telah dilatih, untuk merasai pengalaman bagaimana Nabi SAW berdepan tentangan, halangan dan penolakan semasa berdakwah.

Foto: Peserta Mega Street Dakwah 2024 sedang berkongsi tentang ajaran Islam dengan pelancong yang ditemui di Bukit Bintang.

Firdaus Wong berkata dengan itu mereka dapat mengasah kemahiran dakwah mereka selain dapat menghayati dan melahirkan rasa bersyukur atas nikmat Islam itu sendiri.

Beliau berkata objektif utama program itu adalah untuk memberi platform kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim berinteraksi dan bertanya soalan lanjut kepada kelompok beragama Islam yang menyertai Mega Street Dakwah.

“Ia memberikan banyak peluang kepada volunteer sukarelawan yang telah kami latih daripada IPTA, IPTS dan juga orang awam untuk datang bukan setakat sahaja melihat tapi mereka berpengalaman untuk merasai dan menjiwai bagaimana berdakwah Nabi SAW itu sendiri dengan tentangannya, halangannya, kita katakan penolakan dakwah itu sendiri,” kata Firdaus Wong ketika ditemui The Merdeka Times di Program Mega Street Dakwah 2024 yang diadakan di Bukit Bintang di ibu negara, hari ini.

Program Mega Street Dakwah 2024 itu turut diadakan di Petaling Street dan Berjaya Times Square membabitkan peserta daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) PERKIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) PERKIM dan ramai lagi.

Ia berlangsung serentak di 10 negeri di seluruh Malaysia dengan mengangkat tema “Brothers in Faith” (Saudara Seiman).

Foto: Sekumpulan peserta Mega Street Dakwah 2024 sedang berinteraksi dengan orang awam dan pelancong bukan Muslim di Bukit Bintang.

Mengulas tentang reaksi bukan Muslim terhadap aktiviti dakwah sedemikian, Firdaus Wong menyifatkan respon diterima adalah bercampur aduk dan kebiasaannya kelompok pelancong yang memberikan respon dengan baik berbanding warga tempatan.

“Responnya (bukan Muslim terhadap aktiviti dakwah ini) bercampur aduk di mana ada respon yang baik tapi kebiasaannya respon yang baik ini yang sudi berbicara dan berborak adalah mereka yang pelancong-pelancong asing, tetapi kalau kita orang tempatan dia tidak begitu terbuka untuk bercakap tentang isu agama dan sebagainya.

 

 

“Provokasi itu ada berlaku kadang kala sebab itu kami mewajibkan setiap sukarelawan menjalani latihan kerana tanpa latihan itu mereka tidak tahu macam mana nak berdepan dengan situasi itu bila ia berlaku.

“Jadi provokasi itu, kami pernah dikoyakkan risalah kami di depan pernah ditarik baju dan sebagainya tapi anggap itu sebagai satu lumrah dalam berdakwah,” kata Firdaus Wong. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *