Connect with us

Terkini

Titah adendum: Kerajaan jangan nafikan hak Najib jika benar dapat pengampunan diraja – Ketua Penerangan Pemuda MCA

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dari kiri Datuk Seri Najib Tun Razak & Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong
  • Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata dalam perkembangan terbaru anak sulung kepada Najib iaitu Datuk Mohamad Nizar sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa titah adendum itu memang wujud di mana Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  yang telah menitahkan kepada beliau.
  • Choo Seong berkata titah adendum itu juga telah tular dalam media sosial sejak kelmarin, justeru beliau merasakan kerajaan perlu menyiasat perkara tersebut sama ada ia sah atau tidak.
  • “Sekiranya memang wujud titah adendum ini, maka saya menyeru supaya kerajaan memberikan keadilan kepada Datuk Seri Najib kerana ini adalah hak Datuk Seri Najib yang telah pun terbukti mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong pada masa itu.
  • “Kalau kita lihat pada sejarah pengampunan diraja ini, sebelum Datuk Seri Najib, terdapat tiga pemimpin politik di negara kita yang mendapat pengampunan diraja, termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri pada tahun 2018,” kata Choo Seong menerusi klip video di muat naik di Instagram semalam.

KUALA LUMPUR — Kerajaan dirayu supaya tidak menindakkan hak Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya benar wujud Titah Adendum tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan  diraja dan membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata dalam perkembangan terbaru anak sulung kepada Najib iaitu Datuk Mohamad Nizar sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa titah adendum itu memang wujud di mana Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  yang telah menitahkan kepada beliau.

Choo Seong berkata titah adendum itu juga telah tular dalam media sosial sejak kelmarin, justeru beliau merasakan kerajaan perlu menyiasat perkara tersebut sama ada ia sah atau tidak.

“Sekiranya memang wujud titah adendum ini, maka saya menyeru supaya kerajaan memberikan keadilan kepada Datuk Seri Najib kerana ini adalah hak Datuk Seri Najib yang telah pun terbukti mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong pada masa itu.

“Kalau kita lihat pada sejarah pengampunan diraja ini, sebelum Datuk Seri Najib, terdapat tiga pemimpin politik di negara kita yang mendapat pengampunan diraja, termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri pada tahun 2018.

“Saya rasa keseluruhan rakyat tidak pernah mempertikaikan kerana ini adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong selaras dengan konsep dan prinsip raja berperlembagaan, tetapi untuk adendum dan pengampunan diraja Datuk Seri Najib, kenapa kita nak menidakkan hak beliau?

“Sekiranya beliau telah mendapat pengampunan, maka saya menyeru dan merayu kepada kerajaan supaya jangan menidakkan hak beliau untuk mendapat pengampunan diraja… Sekiranya ada, laksanakan titah dan jangan derhaka kepada titah raja… Saya mohon sekali lagi supaya pihak yang bertanggungjawab meneliti dan menyiasat perkara ini dengan sebaik mungkin dan memberikan keadilan kepada Datuk Seri Najib,” kata Choo Seong menerusi klip video di muat naik di Instagram di sini semalam.

Media melaporkan titah adendum kembali hangat diperkatakan selepas Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib. Namun, hukuman itu dikurangkan kepada enam tahun penjara, manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada 2 Sept 2022. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *