Connect with us

Terkini

Pesawat baharu MAS terpaksa masuk bengkel walau baru seminggu beroperasi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pesawat baharu Malaysia Airlines, Airbus A330neo
  • Pesawat baharu Malaysia Airlines, Airbus A330neo, terpaksa digantung operasi selama sekurang-kurangnya 48 jam akibat masalah teknikal.
  • “Malaysia Airlines telah mengalami beberapa isu teknikal yang berpunca daripada kerja pengeluaran yang berkualiti rendah dari kilang dan ini telah memberi kesan kepada penerbangan sulung Malaysia Airlines,” jelas Datuk Kapten Izham Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG)
  • Syarikat itu juga  telah meminta pengeluar pesawat, Airbus, dan pembuat enjin, Rolls-Royce, untuk menyiasat punca utama isu yang timbul pada pesawat baru tersebut.

Tidak sampai seminggu beroperasi, pesawat baharu Malaysia Airlines, Airbus A330neo, terpaksa digantung operasi selama sekurang-kurangnya 48 jam akibat masalah teknikal.

Pesawat yang baru beroperasi pada 19 Disember itu dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000 dilapor mengalami beberapa kerosakan teknikal selepas penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember.

Menurut laporan New Straits Times, Datuk Kapten Izham Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), berkata syarikat penerbangan tersebut telah mengenal pasti tiga isu teknikal yang berpunca daripada kualiti rendah dalam pengeluaran kilang dan penghantaran pesawat.

“Malaysia Airlines telah mengalami beberapa isu teknikal yang berpunca daripada kerja pengeluaran yang berkualiti rendah dari kilang dan ini telah memberi kesan kepada penerbangan sulung Malaysia Airlines,” jelas Izham.

Tambahnya, syarikat itu juga  telah meminta pengeluar pesawat, Airbus, dan pembuat enjin, Rolls-Royce, untuk menyiasat punca utama isu yang timbul pada pesawat baru tersebut.

Seorang jurucakap Airbus memaklumkan bahawa pengeluar pesawat tersebut bersedia untuk memberikan sokongan kepada Malaysia Airlines dalam menangani isu teknikal yang melibatkan pesawat baharu itu, manakala seorang jurucakap Rolls-Royce pula berkata bahawa satu komponen yang rosak telah dikenal pasti dan penggantian sedang dilakukan.

Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan global lain, kini sedang menghadapi gangguan rantaian bekalan yang teruk, yang menyebabkan kelewatan penghantaran pesawat baru dari Airbus dan Boeing.

Aktiviti penyelenggaraan juga dilapor turut terjejas.

Izham turut mempersoalkan kualiti kerja pembaikan yang dilakukan ke atas komponen yang boleh digunakan semula di mana lebih daripada separuh daripadanya gagal berfungsi dalam tempoh dua minggu.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *