Terkini
Penerimaan masyarakat dan ibu bapa terhadap anak autistik masih sangat lemah – NGO
- Presiden Pertubuhan Kesedaran Autism KL (Sedar Autism), Siti Fauzliana Abdul Razak berkata pihaknya masih berdepan dengan kes-kes di mana ibu bapa sedia tahu berkenaan kondisi anaknya, namun mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah lain daripada jangkaan mereka yang dianggap tidak normal.
- Disebabkan itu anak-anak autisme berkenaan tidak akan atau akan lambat menerima sebarang bantuan mahupun usaha yang sepatutnya diterima oleh mereka.
- “Secara jujurnya, walau kita dapat lihat tahap kesedaran tentang autisme di Malaysia ni semakin meningkat, sebenarnya tahap penerimaan masih belum berada pada tahap yang seiring… Tahap penerimaan terhadap golongan dengan kondisi autisme di sini adalah masih sangat lemah.
- “Selain itu, masyarakat masih belum sedia untuk menerima kehadiran golongan kelainan upaya sebagai sesuatu yang biasa atau normal.
- “Golongan dengan kelainan upaya dianggap menyusahkan dan membebankan kerana usaha membantu mereka ini untuk berfungsi dalam menjalani hidup secara normal di kalangan masyarakat dianggap kerja yang renyah (susah) iaitu kerja yang ‘extra’ dari keperluan normal mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
KUALA LUMPUR — Tahap penerimaan masyarakat, termasuk ibu bapa terhadap kelompok autisme dilihat masih sangat lemah dan tidak seiring dengan tahap kesedaran mereka berkenaan autisme yang dilaporkan semakin meningkat di negara ini.
Presiden Pertubuhan Kesedaran Autism KL (Sedar Autism), Siti Fauzliana Abdul Razak berkata pihaknya masih berdepan dengan kes-kes di mana ibu bapa sedia tahu berkenaan kondisi anaknya, namun mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah lain daripada jangkaan mereka yang dianggap tidak normal.
Siti Fauzliana berkata disebabkan itu anak-anak autisme berkenaan tidak akan atau akan lambat menerima sebarang bantuan mahupun usaha yang sepatutnya diterima oleh mereka.
“Secara jujurnya, walau kita dapat lihat tahap kesedaran tentang autisme di Malaysia ni semakin meningkat, sebenarnya tahap penerimaan masih belum berada pada tahap yang seiring… Tahap penerimaan terhadap golongan dengan kondisi autisme di sini adalah masih sangat lemah.
“Selain itu, masyarakat masih belum sedia untuk menerima kehadiran golongan kelainan upaya sebagai sesuatu yang biasa atau normal.
“Golongan dengan kelainan upaya dianggap menyusahkan dan membebankan kerana usaha membantu mereka ini untuk berfungsi dalam menjalani hidup secara normal di kalangan masyarakat dianggap kerja yang renyah (susah) iaitu kerja yang ‘extra’ dari keperluan normal mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
Siti Fauzliana berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan bagaimana beliau melihat penerimaan masyarakat terhadap kelompok autisme ketika ini sama ada masyarakat sudah mulai menerima kehadiran mereka di tempat awam atau kelompok ini tetap disisihkan, dibenci dan dilayan buruk tanpa ada empati ekoran antara faktor peningkatan statistik kes autisme dilaporkan kerana tahap kesedaran tentang autisme semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Pada 20 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan jumlah kanak-kanak disahkan alami autisme meningkat amat ketara iaitu naik 815 peratus daripada 6,991 kes pada 2013 kepada 63,966 kes setakat September tahun ini.
Mengulas berkenaan bagaimana cara untuk masyarakat atau orang luar berdepan dengan kelompok itu di tempat awam, Siti Fauzliana berkata yang paling utama adalah masyarakat perlu menerapkan sifat ehsan dalam diri terlebih dahulu.
“Bila adanya sifat ehsan dalam diri, tak kira siapa yang perlu hadapi, autisme atau kondisi lain, dengan sendirinya kita akan tahu apa tindakan yang sesuai mengikut keadaan semasa kita terjumpa mereka.
“Apabila seseorang itu ada sifat ehsan dalam diri, sekiranya berada di kedai makan atau tempat awam yang lain, apabila berjumpa dengan golongan kelainan upaya, dengan sendirinya akan timbul rasa ambil berat dan rasa perlu untuk sekurang-kurangnya perhati dari jauh untuk lihat sekiranya ada sebarang bentuk sokongan atau bantuan yang perlu diberi.
“Kadang-kadang, bila kita ada sifat ehsan, dengan sendirinya kita akan tahu bahawa melihat dari jauh bukan bererti perhati sehingga individu dengan kelainan upaya merasa tidak selesa tapi cukup sekadar memastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat,” katanya. — The Merdeka Times