Connect with us

Antarabangsa

Hanya dua terselamat, 179 disahkan maut nahas pesawat Jeju Air Korea Selatan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jeju Air 7C2216
  • Dua anak kapal yang diselamatkan dari bahagian ekor adalah satu-satunya yang terselamat apabila Boeing 737 yang membawa 181 orang terhempas tanpa roda, terkeluar dari landasan dan meletus dalam bola api ketika ia merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad. 
  • SCMP memetik Kementerian Pengangkutan Korea Selatan melaporkan penerbangan Jeju Air 7C2216 dari Bangkok, Thailand, telah cuba mendarat sejurus selepas jam 9 pagi di lapangan terbang itu.
  • Dua anak kapal (kru) itu, seorang lelaki dan seorang wanita, daripada enam kru penerbangan telah diselamatkan dari bahagian ekor pesawat yang terbakar, kata Ketua Bomba Muan, Lee Jung-hyun dalam taklimat insiden nahas itu.
  • Pejabat kecemasan negara itu berkata gear pendaratan pesawat itu kelihatan tidak berfungsi. Laporan awal media turut menyebut terdapat spekulasi serangan burung (bird strike) menjejaskan Boeing 737 itu semasa mendarat.
  • Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan, Joo Jong-wan berkata pekerja mendapatkan semula data penerbangan dan perakam suara kokpit kotak hitam pesawat, yang akan diperiksa oleh pakar kerajaan yang menyiasat punca nahas dan kebakaran.

Dua anak kapal yang diselamatkan dari bahagian ekor adalah satu-satunya yang terselamat apabila Boeing 737 yang membawa 181 orang terhempas tanpa roda, terkeluar dari landasan dan meletus dalam bola api ketika ia merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad. 

South China Morning Post (SCMP) memetik Kementerian Pengangkutan Korea Selatan melaporkan penerbangan Jeju Air 7C2216 dari Bangkok, Thailand, telah cuba mendarat sejurus selepas jam 9 pagi di lapangan terbang itu.

Dua anak kapal (kru) itu, seorang lelaki dan seorang wanita, daripada enam kru penerbangan telah diselamatkan dari bahagian ekor pesawat yang terbakar, kata Ketua Bomba Muan, Lee Jung-hyun dalam taklimat insiden nahas itu.

“Hanya bahagian ekor yang mengekalkan sedikit bentuk, dan selebihnya (pesawat) kelihatan hampir mustahil untuk dikenali,” kata Lee.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat malang itu adalah warga Korea Selatan selain dua warga Thailand. 

Lee berkata pihak berkuasa beralih daripada operasi menyelamat kepada operasi pemulihan dan kerana kuatnya impak, mencari kawasan berhampiran untuk mencari mayat yang mungkin tercampak dari pesawat.

Pejabat kecemasan negara itu dilaporkan berkata gear pendaratan pesawat itu kelihatan tidak berfungsi. Laporan awal media turut menyebut terdapat spekulasi serangan burung (bird strike) menjejaskan Boeing 737 itu semasa mendarat.

Pekerja mendapatkan semula data penerbangan dan perakam suara kokpit kotak hitam pesawat, yang akan diperiksa oleh pakar kerajaan yang menyiasat punca nahas dan kebakaran, kata pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Joo Jong-wan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *