Connect with us

Terkini

Filem raikan liberalisme, pluralisme berdepan tidak lulus LPF

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kandungan filem dari sudut tema, jalan cerita, adegan dan dialognya yang didapati meraikan ideologi liberalisme dan pluralisme boleh dikenakan arahan-arahan pengubahan atau diberikan keputusan tidak lulus untuk ditayangkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata sekiranya ia keterlaluan suatu Perintah Larangan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] akan dikeluarkan sebagai pengajaran kepada semua penerbit filem tempatan dan luar negara yang bercadang menayangkan filem mereka di negara ini lebih sensitif terhadap kandungan bersifat kontroversi, terutama menyentuh isu agama, bangsa dan budaya di Malaysia.
  • “Di dalam konteks ini, penghasilan sesebuah karya filem yang mengandungi ideologi pluralisme dan liberalisme yang secara jelas bertentangan prinsip-prinsip Islam akan diberi penelitian serius dan mendalam supaya tidak menimbulkan kekeliruan, polemik dan keraguan dalam kalangan masyarakat beragama Islam kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah sebahagian besar penonton, terutama penonton di bawah usia 18 tahun yang masih belum kukuh pegangan agamanya,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Kandungan filem dari sudut tema, jalan cerita, adegan dan dialognya yang didapati meraikan ideologi liberalisme dan pluralisme boleh dikenakan arahan-arahan pengubahan atau diberikan keputusan tidak lulus untuk ditayangkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata sekiranya ia keterlaluan suatu Perintah Larangan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] akan dikeluarkan sebagai pengajaran kepada semua penerbit filem tempatan dan luar negara yang bercadang menayangkan filem mereka di negara ini lebih sensitif terhadap kandungan bersifat kontroversi, terutama menyentuh isu agama, bangsa dan budaya di Malaysia.

Katanya, KDN sentiasa menyokong kreativiti pembuat filem dan industri perfileman untuk menghasilkan filem yang dapat menghiburkan dan dalam masa sama turut mendidik masyarakat, menjana industri filem yang aktif dan mampu bersaing dengan filem-filem luar negara.

“Pengkarya filem amat digalakkan untuk berekspresi dengan cara bertanggungjawab di dalam setiap karya pembikinan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan mana-mana aspek-aspek utama yang telah digariskan dalam GPPF.

“Di dalam konteks ini, penghasilan sesebuah karya filem yang mengandungi ideologi pluralisme dan liberalisme yang secara jelas bertentangan prinsip-prinsip Islam akan diberi penelitian serius dan mendalam supaya tidak menimbulkan kekeliruan, polemik dan keraguan dalam kalangan masyarakat beragama Islam kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah sebahagian besar penonton, terutama penonton di bawah usia 18 tahun yang masih belum kukuh pegangan agamanya,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Khamis.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena dari PN, Datuk Ahmad Saad @ Yahaya yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pelan tindakan bersepadu bagi mengekang perfileman yang mempromosi ideologi liberalisme-pluralisme yang bercanggah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

KDN berkata pihaknya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta jabatan dan agensi lain sentiasa bekerjasama erat dan bertukar-tukar informasi sekiranya terdapat penghasilan karya filem yang mengandungi unsur-unsur untuk menghasut, memanipulasi dan mempengaruhi pemikiran bertentangan ajaran agama Islam kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

“Lembaga Penapis Filem (LPF), KDN melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] serta Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024 yang telah menggariskan peraturan-peraturan jelas bagi memastikan sesebuah filem dihasilkan, disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia (kecuali melalui internet) tidak mengandungi kandungan dan elemen yang tidak sesuai atau menjejaskan keharmonian dan keselamatan masyarakat berdasarkan kepada tiga teras utama penapisan filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan dan moral dan sosiobudaya,” katanya. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *