Connect with us

Terkini

Bayi ‘dibekukan’: Sijil nikah sahih, Tarik balik tuduhan atau berdepan saman – Peguam

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Dari kiri, peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar & bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy
  • Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy berkata, pihaknya sudah membuat semakan terhadap sijil perkahwinan anak guamnya itu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang kemudian mengesahkan kesahihan sijil berkenaan.
  • “Kami beri tiga jam (sehingga 12 tengah malam tadi) untuk padamkan semua (hantaran atau komen fitnah).
  • “Jangan buat andaian jumud.Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya…,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui di kediamannya di Kota Damansara di sini, malam tadi.
  • Bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy, 22, turut menafikan dakwaan bahawa beliau dan pasangannya tidak bernikah dan meluahkan rasa sangat kesal dan marah apabila isteri dan jenazah anaknya ditahan selama 16 hari, tetapi pihak terbabit menafikan perkara itu.
  • “Sedangkan setiap hari saya cuba untuk uruskan jenazah anak saya… Saya minta kepada pihak hospital untuk consider saya uruskan jenazah anak saya tapi tidak dibenarkan atas alasan saya tidak membayar bil (hospital),” kata Safwan ketika siaran langsung bersama Ahmad Zaharil yang disiarkan di Facebook Mr Wan Cai Official malam tadi.

KUALA LUMPUR — Pihak yang melontarkan fitnah dan tuduhan di media sosial, termasuk mendakwa ibu bapa kepada mayat bayi lelaki yang ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta tidak bernikah diberi tempoh tiga jam untuk menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan saman.

Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy berkata, pihaknya sudah membuat semakan terhadap sijil perkahwinan anak guamnya itu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang kemudian mengesahkan kesahihan sijil berkenaan.

“Kami beri tiga jam (sehingga 12 tengah malam tadi) untuk padamkan semua hantaran atau komen (fitnah).

“Jangan buat andaian jumud.Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya…,” katanya dipetik media tempatan ketika ditemui di kediamannya di Kota Damansara di sini, malam tadi.

Setakat artikel ini ditulis, tempoh tiga jam yang diberikan itu telah tamat.

Mengenai kenyataan dikeluarkan pihak hospital swasta itu berhubung kes anak guamnya, Ahmad Zaharil berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya perlu mendapatkan siasatan lanjut pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.

Bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy, 22, turut menafikan dakwaan bahawa beliau dan pasangannya tidak bernikah dan meluahkan rasa sangat kesal dan marah apabila isteri dan jenazah anaknya ditahan selama 16 hari, tetapi pihak terbabit menafikan perkara itu.

Safwan berkata beliau dan isterinya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terlibat.

“Pihak hospital ada menghina isteri saya waktu itu saya belum sampai lagi hospital dia mengatakan bahawa, “Kau melahirkan anak cacat dah lepas itu tak reti nak uruskan (pengebumian)”.

“Sedangkan setiap hari saya cuba untuk uruskan jenazah anak saya… Saya minta kepada pihak hospital untuk consider saya uruskan jenazah anak saya tapi tidak dibenarkan atas alasan saya tidak membayar bil (hospital),” kata Safwan ketika siaran langsung bersama Ahmad Zaharil di Facebook Mr Wan Cai Official malam tadi.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mr Wan Cai Official.

Wan Cai turut memuat naik hantaran lain yang memaparkan Ahmad Zaharil dan Safwan di hadapan sebuah balai polis selepas melakukan laporan ke atas pihak hospital berhubung isu itu.

“Laporan polis terhadap pihak hospital telah dibuat oleh bapa Adham dengan ditemani oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil,” tulis Wan Cai yang sebelum ini tular selepas mendakwa sebuah hospital swasta menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu kerana bapa kepada bayi berkenaan belum berupaya membayar bil hospital di situ. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *