Connect with us

Terkini

Batu Puteh: Tun M bentang keputusan tarik balik semakan ICJ di Kabinet, tiada bantahan – Zuraida

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin
  • Seorang bekas menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 mengesahkan bahawa keputusan untuk menarik balik permohonan Malaysia bagi semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh telah dibawa ke mesyuarat kabinet ketika itu.
  • Datuk Zuraida Kamaruddin yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada masa itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) membentangkan isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet dan tiada menteri mengemukakan sebarang bantahan.
  • “Saya hanya tahu bahawa beliau membentangkannya dan menerangkan situasi tersebut. Tiada siapa yang membantah, tiada siapa yang berdebat, jadi kami anggap ia telah dipersetujui.
  • “Kami tidak berkata apa-apa kerana pada masa itu kami baru sahaja menyertai Kabinet, dan kami masih (dalam proses) menyesuaikan diri,” kata Zuraida dipetik New Straits Times hari ini.

KUALA LUMPUR — Seorang bekas menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 mengesahkan bahawa keputusan untuk menarik balik permohonan Malaysia bagi semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh telah dibawa ke mesyuarat kabinet ketika itu.

Datuk Zuraida Kamaruddin yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada masa itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) membentangkan isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet dan tiada menteri mengemukakan sebarang bantahan.

“Saya hanya tahu bahawa beliau membentangkannya dan menerangkan situasi tersebut. Tiada siapa yang membantah, tiada siapa yang berdebat, jadi kami anggap ia telah dipersetujui.

“Kami tidak berkata apa-apa kerana pada masa itu kami baru sahaja menyertai Kabinet, dan kami masih (dalam proses) menyesuaikan diri,” kata Zuraida dipetik New Straits Times di sini hari ini.

Zuraida yang juga bekas Naib Presiden PKR bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum atau selepas Suruhanjaya Tinggi Singapura dimaklumkan mengenai hasrat Dr Mahathir pada pukul 9 pagi, seperti dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diterbitkan Khamis lalu.

Semalam, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak membuat keputusan, sebaliknya hanya menyatakan pendapat dan ia dilakukan atas persetujuan Kabinet ketika itu berhubung langkah menarik balik permohonan Malaysia untuk semakan keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *