Terkini
RCI Batu Puteh: ‘Saya tidak buat keputusan’ – Tun M
- “Saya tidak buat keputusan. Saya hanya beri pendapat. Lihat surat saya yang bertarikh 21.5.2018 pada muka surat 99 Laporan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Suruhanjaya dapati saya buat keputusan dan menipu Kabinet. Saya tidak setuju. Saya juga tidak buat keputusan secara sembunyi-sembunyi”.
- Itu antara penegasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang difahamkan dikeluarkan susulan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dilaporkan mengesyorkan bahawa siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
- Ia susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
- “Perdana Menteri baru-baru ini menyatakan isu ini adalah pengkhianatan. Kalau begitu mulai Mei 2018 hingga Februari 2020 tidakkah Wan Azizah bercakap mengenai “Pengkhianatan” ini? Bukankah Wan Azizah TPM pada saya dan isteri Perdana Menteri sekarang?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — “Saya tidak buat keputusan. Saya hanya beri pendapat. Lihat surat saya yang bertarikh 21.5.2018 pada muka surat 99 Laporan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Suruhanjaya dapati saya buat keputusan dan menipu Kabinet. Saya tidak setuju. Saya juga tidak buat keputusan secara sembunyi-sembunyi”.
Itu antara penegasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang difahamkan dikeluarkan susulan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dilaporkan mengesyorkan bahawa siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Prosiding diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Menurut laporan itu dipetik media tempatan, dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan ialah Dr Mahathir telah menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong Kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan tersebut walaupun keputusan dibuat secara sepihak olehnya tanpa kelulusan Jemaah Menteri.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menyatakan isu itu adalah pengkhianatan, Dr Mahathir mempersoalkan sama ada di antara Mei 2018 sehingga Februari 2020, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan juga isteri kepada Anwar ada bercakap tentang ‘pengkhianatan’ berkenaan.
“Perdana Menteri baru-baru ini menyatakan isu ini adalah pengkhianatan. Kalau begitu mulai Mei 2018 hingga Februari 2020 tidakkah Wan Azizah bercakap mengenai “Pengkhianatan” ini? Bukankah Wan Azizah TPM pada saya dan isteri Perdana Menteri sekarang?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Dr Mahathir turut mendakwa laporan RCI itu mengandungi beberapa kecacatan dan menuntut penjelasan siapakah yang bersetuju supaya laporan itu yang dulu diklasifikasikan sebagai rahsia, tetapi kini ia dibuat terbuka.
Katanya, jika laporan RCI itu telah dibuka dan bukan lagi ‘rahsia’ mengapa Kerajaan membantah permohonan beliau di mahkamah supaya RCI diadakan secara terbuka.
Mahkamah Tinggi pada Jun lalu dilaporkan menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Dr Mahathir supaya prosiding RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijalankan secara terbuka.
“Laporan RCI ini ingin dibahaskan (di Dewan Rakyat). Tetapi bagaimana hendak bahas sekiranya 47 muka surat dari 217 “dipadam” / “redacted”? Bagaimana rakyat melalui wakil rakyat hendak bahas atau tanya soalan kalau ada muka-muka surat laporan dipadam?
“Saya ingin tanya juga mengapa hanya laporan diberi tetapi lampiran-lampiran tidak dibekal? Mengapa Lampiran Jilid 7 muka surat 3471 tidak dibekal?
“Pada 23.5.2018, Jemaah Menteri telah bersetuju tidak lagi teruskan Semakan dan Tafsiran kes Pulau Batu Puteh. Saya ingin bertanya: – Kalau keputusan ini bersama, hanya saya seorang yang salah? Atau kesemuanya “collectively responsible”?
“Mengapa TPM pada 2018 tidak dipanggil atau disenarai sebagai saksi? Mengapa saya tidak diizinkan hadir semasa Jemaah Menteri dipanggil sebagai saksi untuk Peguam saya soal mereka?,” kata Dr Mahathir. — The Merdeka Times