Connect with us

Terkini

Apakah usaha KPWKM untuk tangani isu remaja hamil luar nikah?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru pelbagai agensi untuk bekerjasama secara kolaboratif dalam meningkatkan dan memperkasakan inisiatif yang holistik untuk menangani isu kehamilan remaja luar nikah.
  • Di pihak KPWKM, beberapa strategi komprehensif dirangka melibatkan pelbagai aspek, termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling serta sokongan komuniti.
  • Antara perkara dilaksanakan ialah membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat bertanggungjawab dan resilien.
  • “KPWKM juga telah membangunkan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang telah menetapkan komitmen pemegang taruh utama di peringkat kerajaan, swasta, mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam hal tersebut.
  • “Antara fokus adalah untuk menangani kekurangan atau ketiadaan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual serta kemahiran keibubapaan, penyediakan platform penyampaian maklumat sexual and reproductive health (SRH) kepada kanak-kanak dan ibu bapa dan menyediakan perkhidmatan SRH mesra kanak-kanak dan remaja termasuk isu remaja hamil luar nikah,”kata KPWKM dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru pelbagai agensi untuk bekerjasama secara kolaboratif dalam meningkatkan dan memperkasakan inisiatif yang holistik untuk menangani isu kehamilan remaja luar nikah.

KPWKM berkata usaha menangani isu kehamilan remaja luar nikah bukan hanya memerlukan perhatian dan tindakan pihaknya semata-mata, malah ia memerlukan penggemblengan usaha holistik dari pelbagai pihak.

Katanya, di pihak KPWKM, beberapa strategi komprehensif dirangka melibatkan pelbagai aspek, termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling dan sokongan komuniti.

Antara dilaksanakan ialah membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat bertanggungjawab dan resilien.

Di bawah pelan tindakan itu, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah, selain KPWKM sebagai urusetia Majlis Sosial Negara telah menggunakan platform itu bagi menyelaras tindakan sinergi rentas kementerian berkaitan PEKERTI.

“KPWKM juga telah membangunkan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang telah menetapkan komitmen pemegang taruh utama di peringkat kerajaan, swasta, mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam hal tersebut.

“Antara fokus adalah untuk menangani kekurangan atau ketiadaan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual serta kemahiran keibubapaan, penyediakan platform penyampaian maklumat sexual and reproductive health (SRH) kepada kanak-kanak dan ibu bapa dan menyediakan perkhidmatan SRH mesra kanak-kanak dan remaja termasuk isu remaja hamil luar nikah.

“Kerajaan turut telah menubuhkan Jawatankuasa Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-kanak di Media Sosial melibatkan keahlian dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menangani isu keselamatan siber serta menguatkuasakan aspek pengawalan ke atas laman web pornografi,” kata KPWKM dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen pada Khamis lalu.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan usaha yang akan dilakukan untuk menurunkan kadar remaja mengandung luar nikah dan bagaimana Kerajaan akan memastikan semua usaha dalam menangani perkahwinan kanak-kanak dilaksanakan di setiap negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada November lalu dilaporkan berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *