Antarabangsa
Wanita didakwa jenayah kebencian serang pasangan Palestin
- Seorang wanita Illinois, Amerika Syarikat (AS) telah didakwa berikutan pertengkaran yang didakwa berlaku di sebuah restoran melibatkan seorang lelaki yang memakai sweatshirt dengan tulisan “Palestin” padanya, kata pihak berkuasa.
- Menurut kenyataan pihak berkuasa DuPage County pada Isnin dipetik TRT World hari ini, Alexandra Szustakiewicz dari Darien, Illinois, didakwa dengan dua pertuduhan jenayah kebencian dan satu pertuduhan salah laku berkelakuan tidak senonoh berpunca daripada insiden berlaku di restoran Panera Bread di Downers Grove, pinggir bandar Chicago.
- Menurut kenyataan memetik penyiasatan kes terbabit, wanita berusia 64 tahun itu didakwa berdepan dengan seorang lelaki yang memakai sweatshirt (baju peluh) “Palestin”, menjerit kata-kata kasar dan cuba menjatuhkan telefon daripada tangan seorang wanita ketika dia merakamkan insiden itu.
- Szustakiewicz didakwa melakukan jenayah kebencian berdasarkan persepsi asal negara dan ditahan pada hari berikutnya tanpa sebarang insiden, kata kenyataan itu.
Seorang wanita Illinois, Amerika Syarikat (AS) telah didakwa berikutan pertengkaran yang didakwa berlaku di sebuah restoran melibatkan seorang lelaki yang memakai sweatshirt dengan tulisan “Palestin” padanya, kata pihak berkuasa.
Menurut kenyataan pihak berkuasa DuPage County pada Isnin dipetik TRT World hari ini, Alexandra Szustakiewicz dari Darien, Illinois, didakwa dengan dua pertuduhan jenayah kebencian dan satu pertuduhan salah laku berkelakuan tidak senonoh berpunca daripada insiden berlaku di restoran Panera Bread di Downers Grove, pinggir bandar Chicago.
Menurut kenyataan memetik penyiasatan kes terbabit, wanita berusia 64 tahun itu didakwa berdepan dengan seorang lelaki yang memakai sweatshirt (baju peluh) “Palestin”, menjerit kata-kata kasar dan cuba menjatuhkan telefon daripada tangan seorang wanita ketika dia merakamkan insiden itu.
Szustakiewicz didakwa melakukan jenayah kebencian berdasarkan persepsi asal negara dan ditahan pada hari berikutnya tanpa sebarang insiden, kata kenyataan itu.
Peguam Negeri DuPage County Robert Berlin dalam satu kenyataan menekankan setiap orang dalam masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama, atau sifat peribadi yang lain, berhak mendapat penghormatan dan layanan yang adil.
Katanya, “jenis tingkah laku ini dan prasangka disertakan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat bertamadun”.
Szustakiewicz dijadualkan untuk hadir di mahkamah pada 16 Disember depan untuk perbicaraan. — The Merdeka Times