Connect with us

Antarabangsa

UK pertimbang larangan media sosial kanak-kanak bawah 16 tahun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kerajaan United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan kemungkinan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, kata Setiausaha Teknologi UK, Peter Kyle.
  • Kyle berkata demikian dalam temu bual dengan program BBC Radio 4 Today pada Rabu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Beliau menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan dalam talian dan berkata akan “melakukan apa diperlukan” untuk melindungi kanak-kanak dan orang lain daripada bahaya dalam talian.
  • Pengumuman itu dibuat ketika UK terus mengkaji kesan teknologi, termasuk telefon pintar dan media sosial, terhadap golongan muda.
  • Akta Keselamatan Dalam Talian (OSA), yang berkuat kuasa tahun depan, memerlukan firma teknologi melaksanakan langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada bahan berbahaya dan menuntut mekanisme pengesahan umur lebih mantap.

Kerajaan United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan kemungkinan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, kata Setiausaha Teknologi UK, Peter Kyle.

Kyle berkata demikian dalam temu bual dengan program BBC Radio 4 Today pada Rabu dipetik agensi berita Anadolu.

Beliau menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan dalam talian dan berkata akan “melakukan apa diperlukan” untuk melindungi kanak-kanak dan orang lain daripada bahaya dalam talian.

Pengumuman itu dibuat ketika UK terus mengkaji kesan teknologi, termasuk telefon pintar dan media sosial, terhadap golongan muda.

Kyle mengakui kekurangan “bukti kukuh dan semakan rakan sebaya” mengenai isu itu, namun menekankan kepentingan pengumpulan data dalam membuat keputusan.

Beliau dilaporkan menggariskan matlamat strategik untuk Ofcom, pengawal selia komunikasi UK, dalam “surat niat strategik” rasmi.

Ofcom kini bersedia untuk menerima kuasa diperluaskan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (OSA), yang memberi mandat kepada syarikat teknologi mengambil tanggungjawab lebih besar untuk kandungan berbahaya pada platform mereka.

OSA, yang berkuat kuasa tahun depan, memerlukan firma teknologi melaksanakan langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada bahan berbahaya dan menuntut mekanisme pengesahan umur lebih mantap. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *