Terkini
Rasionalisasi subsidi: Rafizi perlu berpijak di bumi nyata – Ka Siong
- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta supaya melihat kepada realiti dihadapi rakyat, di mana pelbagai makanan asas berdepan dengan kenaikan harga ketika ini.
- Menyatakan sokongan terhadap rasionalisasi subsidi, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong mempersoalkan apakah mekanisme terbaik untuk menyasarkan subsidi memandangkan kerajaan belum memutuskan tentang takrifan sebenar T15 sehingga kini.
- Ka Siong berkata terdapat kecelaruan di mana takrifan asal T15 berdasarkan pendapatan isi rumah RM13,290 sebulan telah dikaji semula, malah Rafizi sebelum ini pernah mengatakan ia sepatutnya merujuk kepada pendapatan bersih (disposable income), tetapi kelmarin mengakui bahawa ia “belum ada kata putus”.
- “Wakil rakyat perlu menjawab dengan dasar-dasar yang praktikal kepada rakyat di luar sana, yang menghadapi kenaikan harga secara langsung, antaranya termasuk kos logistik yang disebabkan cukai SST,” kata Ka Siong dipetik dalam kenyataan Penerangan MCA bertajuk, ‘Rasionalisasi subsidi: Menteri Ekonomi diminta berpijak di bumi nyata’ yang dikongsikan di Facebook pada Khamis.
KUALA LUMPUR — Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta supaya melihat kepada realiti dihadapi rakyat, di mana pelbagai makanan asas berdepan dengan kenaikan harga ketika ini.
Menyatakan sokongan terhadap rasionalisasi subsidi, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong mempersoalkan apakah mekanisme terbaik untuk menyasarkan subsidi memandangkan kerajaan belum memutuskan tentang takrifan sebenar T15 sehingga kini.
Ka Siong berkata terdapat kecelaruan di mana takrifan asal T15 berdasarkan pendapatan isi rumah RM13,290 sebulan telah dikaji semula, malah Rafizi sebelum ini pernah mengatakan ia sepatutnya merujuk kepada pendapatan bersih (disposable income), tetapi kelmarin mengakui bahawa ia “belum ada kata putus”.
“Wakil rakyat perlu menjawab dengan dasar-dasar yang praktikal kepada rakyat di luar sana, yang menghadapi kenaikan harga secara langsung, antaranya termasuk kos logistik yang disebabkan cukai SST,” kata Ka Siong dipetik dalam kenyataan Penerangan MCA bertajuk, ‘Rasionalisasi subsidi: Menteri Ekonomi diminta berpijak di bumi nyata’ yang dikongsikan di Facebook pada Khamis.
Ka Siong turut mencadangkan kaedah levi kenderaan sebagai penyelesaian praktikal dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
“Namun Rafizi mempertahankan kadar kenaikan harga barang sekarang sebagai “sederhana” dan menyalahkan pentadbiran lama semenjak 2011, kecuali dari 2018 hingga 2020. Katanya, harga yang tinggi sekarang disebabkan kenaikan terkumpul selama ini,” kata kenyataan itu.
Rafizi dilaporkan mahu melindungi rakyat daripada kenaikan harga barang dan mengelakkan ketirisan yang wujud dalam subsidi pukal dengan pendekatan kerajaan untuk menggunakan pendekatan harga dua peringkat (2-tier pricing) yang melibatkan Kementerian Kewangan dan stesen minyak.