Connect with us

Antarabangsa

Gaza teruk sebab respons negara-negara Islam “tidak mencukupi” – Erdogan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan
  • Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengkritik kekurangan respons daripada negara-negara Islam dalam menangani pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang berterusan di Gaza, lapor TRT World.
  • Erdogan berkata negara-negara Barat sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada Israel.
  • “Segelintir negara Barat telah memberikan semua jenis sokongan kepada Israel, manakala kegagalan negara-negara Islam untuk bertindak balas dengan secukupnya telah menyebabkan keadaan mencapai tahap ini,” kata Erdogan pada Mesyuarat Sidang Kemuncak Bersama Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
  • Erdogan berkata Turkiye setakat ini menghantar lebih 84,000 tan bantuan ke Gaza dan bersedia menghantar lebih banyak lagi apabila sekatan ditarik balik.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengkritik kekurangan respons daripada negara-negara Islam dalam menangani pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang berterusan di Gaza, lapor TRT World.

Erdogan berkata negara-negara Barat sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada Israel.

“Segelintir negara Barat telah memberikan semua jenis sokongan kepada Israel, manakala kegagalan negara-negara Islam untuk bertindak balas dengan secukupnya telah menyebabkan keadaan mencapai tahap ini,” kata Erdogan pada Mesyuarat Sidang Kemuncak Bersama Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Erdogan berkata Turkiye setakat ini menghantar lebih 84,000 tan bantuan ke Gaza dan bersedia menghantar lebih banyak lagi apabila sekatan ditarik balik.

Katanya, Israel tidak bertolak ansur dengan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan telah menahan bekalan bantuan menunggu di Mesir selama berbulan-bulan.

“Kami bersedia” untuk melaksanakan semua tindakan nyata yang akan menunjukkan kos besar bagi penjajahan berterusan kerajaan Netanyahu di wilayah Palestin, kata presiden Turkiye itu.

“Kita harus menggalakkan sebanyak mungkin negara untuk campur tangan dalam kes yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” kata Erdogan.

Ketegangan serantau meningkat berikutan serangan kejam Israel ke atas Gaza, yang telah membunuh lebih 43,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, berikutan serangan balas rentas sempadan kumpulan penentangan Palestin, Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Konflik di Gaza itu merebak ke Lubnan dengan rejim Israel melancarkan serangan ke atas negara itu menyebabkan hampir 3,200 orang terbunuh dan lebih 13,800 lagi cedera sejak tahun lalu, menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Lubnan.

Israel melancarkan serangan udara di Lubnan ke atas apa yang mereka dakwa sebagai sasaran kumpulan Hizbullah dan kemudiannya melancarkan serangan darat di selatan Lubnan bermula 1 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *