Antarabangsa
Argentina tarik diri daripada pasukan pengaman PBB di Lubnan
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa melaporkan Argentina telah menarik diri daripada Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
- Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PBB di New York, Penolong Setiausaha Agung bagi operasi keamanan di PBB, Jean-Pierre Lacroix melaporkan bahawa Argentina telah menarik diri dari UNIFIL, yang telah mengalami serangan di Lubnan.
- “Adalah hak prerogatif mana-mana negara anggota untuk membuat keputusan itu,” kata Lacroix dipetik agensi berita Anadolu pada Rabu, merujuk kepada empat pegawai daripada kumpulan pemerhati UNIFIL di Lubnan yang ditarik balik.
- Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti dilaporkan mengesahkan perkara itu pada taklimat akhbar PBB.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa melaporkan Argentina telah menarik diri daripada Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PBB di New York, Penolong Setiausaha Agung bagi operasi keamanan di PBB, Jean-Pierre Lacroix melaporkan bahawa Argentina telah menarik diri dari UNIFIL, yang telah mengalami serangan di Lubnan.
“Adalah hak prerogatif mana-mana negara anggota untuk membuat keputusan itu,” kata Lacroix dipetik agensi berita Anadolu pada Rabu, merujuk kepada empat pegawai daripada kumpulan pemerhati UNIFIL di Lubnan yang ditarik balik.
Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti dilaporkan mengesahkan perkara itu pada taklimat akhbar PBB.
“Terdapat tiga pegawai Argentina di UNIFIL. Jadi keupayaan operasi kami tidak berubah,” kata Tenenti.
Menegaskan semua negara lain telah menyatakan komitmen untuk kekal, beliau berkata, “Tiada negara lain yang meminta untuk menarik pasukan pengaman mereka daripada UNIFIL”.
UNIFIL sebelum ini melaporkan tiga serangan berasingan oleh rejim Israel menyasarkan askar, kakitangan dan kemudahannya di selatan Lubnan, dengan salah satu serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada empat pengaman. – The Merdeka Times