Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera Israel mula operasi darat selatan Lubnan

Tentera Israel pada Selasa mengumumkan permulaan operasi darat yang “terhad dan tertumpu” di selatan Lubnan ketika Hizbullah melaporkan mereka menyerang tentera Israel di kawasan sempadan, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel pada Selasa mengumumkan permulaan operasi darat yang “terhad dan tertumpu” di selatan Lubnan ketika Hizbullah melaporkan mereka menyerang tentera Israel di kawasan sempadan, lapor agensi berita Anadolu.
  • Kenyataan Tentera Divisyen ke-98 dan Briged ke-7 berkata tentera Israel “telah bersiap sedia untuk operasi yang terhad, tempatan dan tertumpu di selatan Lubnan sejak beberapa minggu lepas”.
  • Kenyataan itu turut menyatakan Divisyen ke-98 beroperasi selama beberapa bulan di Gaza dan penyertaan mereka di Gaza ini memberikan mereka “pengalaman operasi”.
  • Walaupun adanya pengumuman dari tentera Israel, namun tiada tanda-tanda pencerobohan darat Israel ke dalam wilayah Lubnan setakat ini.
  • Hizbullah pula melaporkan mereka menyasarkan pergerakan tentera Israel di tapak dan penempatan berhampiran sempadan Lubnan.

Tentera Israel pada Selasa mengumumkan permulaan operasi darat yang “terhad dan tertumpu” di selatan Lubnan ketika Hizbullah melaporkan mereka menyerang tentera Israel di kawasan sempadan, lapor agensi berita Anadolu.

Kenyataan Tentera Divisyen ke-98 dan Briged ke-7 berkata tentera Israel “telah bersiap sedia untuk operasi yang terhad, tempatan dan tertumpu di selatan Lubnan sejak beberapa minggu lepas”.

Kenyataan itu turut menyatakan Divisyen ke-98 beroperasi selama beberapa bulan di Gaza dan penyertaan mereka di Gaza itu memberi mereka “pengalaman operasi”.

Walaupun adanya pengumuman dari tentera Israel, namun tiada tanda-tanda pencerobohan darat Israel ke dalam wilayah Lubnan setakat ini.

Hizbullah pula melaporkan mereka menyasarkan pergerakan tentera Israel di tapak dan penempatan berhampiran sempadan Lubnan.

Dalam satu kenyataan, kumpulan di Lubnan itu berkata unit artilerinya menyasarkan penempatan tentera Israel di tapak ketenteraan Metula dan penempatan Shtula.

Awal pagi Selasa, tentera Israel membedil beberapa bandar di selatan Lubnan dan pelancaran lebih banyak serangan udara seluruh Lubnan, termasuk Beirut.

Sejak 23 September lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang dikatakan sebagai menyasarkan Hizbullah di seluruh Lubnan, membunuh lebih daripada 1,057 orang dan mencederakan lebih daripada 2,950 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending