Connect with us

Terkini

Silibus pendidikan tinggi mengenai Islamofobia sedang dibangunkan

Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi, kata Timbalan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan.
  • Silibus itu sedang diteliti Kementerian Pendidikan Tinggi yang turut mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti luar negara yang telah menawarkan kursus sedemikian.
  • “Insya-Allah dalam masa terdekat, akan ada penawaran untuk program berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Usrah MADANI 4.0 yang bertemakan “Multi-faith Community Interaction on Islamophobia”, hari ini.
  • Zulkifli berkata pendidikan sedemikian adalah penting untuk menangani kejahilan masyarakat pada erti dan pengajaran sebenar Islam, yang menjadi antara punca utama berlakunya rasa gusar dan takut kepada Islam dan umatnya.

PUTRAJAYA — Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata silibus itu sedang diteliti Kementerian Pendidikan Tinggi yang turut mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti luar negara yang telah menawarkan kursus sedemikian.

“Kami baru-baru ini juga adakan pertemuan dengan Persatuan Saintis Sosial Muslim dan beberapa persatuan lain untuk membincangkan pembentukan satu disiplin akademik baharu untuk tangani islamofobia secara tuntas.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, akan ada penawaran untuk program berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Usrah MADANI 4.0 yang bertemakan “Multi-faith Community Interaction on Islamophobia” di sini, hari ini.

Zulkifli berkata pendidikan sedemikian adalah penting untuk menangani kejahilan masyarakat pada erti dan pengajaran sebenar Islam, yang menjadi antara punca utama berlakunya rasa gusar dan takut kepada Islam dan umatnya.

“Saya mengajak rakyat Malaysia, semua bangsa, semua agama untuk kita sama-sama cuba memahami antara satu sama lain kerana itu merupakan pendekatan terbaik bagi menangani isu Islamofobia serta isu prejudis kaum dan sebagainya.

“Kita perlu jadi masyarakat yang belajar untuk mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, usrah atau syarahan hari ini disampaikan oleh Prof Khaled Beydoun, seorang pensyarah undang-undang dari Arizona States University, Amerika Syarikat yang terkenal kerana kelantangannya dalam mengulas isu-isu berkaitan Islamofobia.

Khaled berkata menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berinteraksi dengan penganut agama lain dan berbual perkara yang tidak menyenangkan dengan mereka berhubung ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata Malaysia berpotensi menjadi pusat wacana intelektual dalam perkara itu dan boleh menerajui ke arah memecahkan ‘penjajahan’ mental moden dengan memerangi salah faham yang berleluasa terhadap Islam.

“Kamu (rakyat Malaysia) mempunyai beberapa universiti Islam terbaik, pusat pembelajaran dan pemimpin. Di sinilah persidangan dan pertukaran intelektual perlu berlaku.

“Setiap cendekiawan Islam terkemuka pada pendapat saya, sama ada di Amerika Syarikat, Eropah atau Kanada, harus meluangkan sedikit masa untuk belajar di Malaysia, kerana anda mempunyai sistem yang boleh kita pelajari dan bawa pulang ke negara kami di Barat,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending