Connect with us

Terkini

Sebatan mandatori langkah tegas tangani isu rasuah – MCW

Saranan agar kerajaan menguatkuasakan hukuman yang lebih berat seperti sebatan mandatori terhadap individu terlibat rasuah adalah satu bentuk tindakan tegas untuk membuktikan isu itu ditangani secara serius.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata sebelum ini kebanyakan pesalah rasuah didapati tidak ‘terkesan’ dengan hukuman penjara atau denda dikenakan terhadap mereka.
  • “Oleh itu, MCW berpendapat apabila hukuman sebatan diperkenalkan akan melahirkan rasa gerun kepada mereka yang ingin berbuat demikian kerana kesan sebatan memberi impak mendalam ditanggung seumur hidup.
  • “Hukuman berat dan berkesan pasti akan menjadi satu pencegahan yang kuat kepada mereka yang mungkin terfikir untuk terlibat dalam rasuah ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari ini: ‘Rasuah Dalam Imigresen Semakin Kritikal?’ terbitan BERNAMA TV pada Selasa.
  • Jais diminta mengulas adakah hukuman sebatan mandatori dicadangkan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM) dan disokong MCW sebelum ini, bersifat keterlaluan untuk dikenakan terhadap pesalah kes rasuah, termasuk penguat kuasa yang terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara tanpa melalui pemeriksaan ditetapkan.
  • Ia susulan beberapa pembongkaran kes sejak akhir-akhir ini dengan terbaharu melibatkan tangkapan lima pegawai imigresen di KLIA kelmarin, yang disyaki bersekongkol dengan sindiket untuk melepaskan warga asing menerusi modus operandi dipanggil ‘counter setting’.

KUALA LUMPUR — Saranan agar kerajaan menguatkuasakan hukuman yang lebih berat seperti sebatan mandatori terhadap individu terlibat rasuah adalah satu bentuk tindakan tegas untuk membuktikan isu itu ditangani secara serius.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata sebelum ini kebanyakan pesalah rasuah didapati tidak ‘terkesan’ dengan hukuman penjara atau denda yang dikenakan terhadap mereka.

“Oleh itu, MCW berpendapat apabila hukuman sebatan diperkenalkan akan melahirkan rasa gerun kepada mereka yang ingin berbuat demikian kerana kesan sebatan memberi impak mendalam ditanggung seumur hidup.

“Hukuman berat dan berkesan pasti akan menjadi satu pencegahan yang kuat kepada mereka yang mungkin terfikir untuk terlibat dalam rasuah ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari ini: ‘Rasuah Dalam Imigresen Semakin Kritikal?’ terbitan BERNAMA TV pada Selasa.

Beliau berkata ia juga penting untuk memulihkan integriti dalam sektor penguatkuasaan dan memberi kepercayaan kepada rakyat bahawa keadilan akan ditegakkan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Beliau diminta mengulas adakah hukuman sebatan mandatori yang dicadangkan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM) dan disokong oleh MCW sebelum ini, bersifat keterlaluan untuk dikenakan terhadap pesalah kes rasuah, termasuk penguat kuasa yang terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara tanpa melalui pemeriksaan yang ditetapkan.

Cadangan itu susulan beberapa pembongkaran kes sejak akhir-akhir ini dengan terbaharu melibatkan tangkapan lima pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, yang disyaki bersekongkol dengan sindiket untuk melepaskan warga asing menerusi modus operandi dipanggil ‘counter setting’.

Jais berkata pembongkaran itu menunjukkan komitmen tinggi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di Jabatan Imigresen.

“MCW sangat menyambut baik usaha ini, ia adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjaga dan terjamin, mengambil kira memang wujud kelemahan yang ketara dalam prosedur pemeriksaan di pintu masuk negara yang memudahkan berlakunya kes rasuah,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending