Terkini
DBKL perlu pastikan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri dari warga tempatan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri daripada warga tempatan, kata Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman.
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu pastikan golongan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri daripada warga tempatan, kata Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman.
- Pihak DBKL perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih ketat dan menggunakan strategi mampan, bagi memastikan tiada warga asing dibenarkan berniaga dalam sektor tersebut.
- “Sekiranya tidak dikawal, warga asing yang berniaga dengan sewenang-wenangnya akan merosakkan ekonomi dan wujud persaingan dengan sengaja tanpa sekatan, dan ia merugikan ekonomi tempatan,” katanya dalam sidang media khas mengenai isu yang dihadapi oleh penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
KUALA LUMPUR —- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri daripada warga tempatan, kata Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman.
Beliau berkata pihak DBKL perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat dan menggunakan strategi mampan, bagi memastikan tiada warga asing dibenarkan berniaga dalam sektor tersebut.
“Sekiranya tidak dikawal, warga asing yang berniaga dengan sewenang-wenangnya akan merosakkan ekonomi dan wujud persaingan dengan sengaja tanpa sekatan, dan ia merugikan ekonomi tempatan,” katanya dalam sidang media khas mengenai isu yang dihadapi oleh penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Beliau juga berkata rondaan oleh penguat kuasa juga perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan premis makanan dan minuman di sekitar bandar raya dijamin status halal dan tahap kebersihannya.
Ini kerana Rosli berkata masih terdapat banyak premis makanan dan minuman yang mencurigakan dari aspek halal dan pematuhan kebersihan.
“Ini memerlukan penekanan daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, terutamanya untuk memantau aspek kebersihan penyediaan dan penjualan produk daripada premis terbabit,” katanya.
Dalam isu berlainan, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil supaya sebuah pasar dibina di kawasan Parlimen tersebut.
“Di Lembah Pantai ramai sangat penduduk sekarang tetapi masih tidak ada sebuah pasar untuk mereka membeli barangan makanan harian.
“Saya akan suarakan kepada Fahmi supaya dia mencadangkan kepada DBKL untuk wujudkan satu pasar di kawasannya dan saya harap akan diambil kira ke dalam pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya. — BERNAMA
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel