Terkini
Cadangan bangunkan platform media sosial Malaysia, Kerajaan jangan tapis ikut kepentingan politik – Haniff Khatri
Seorang pengamal undang-undang mengingatkan kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang tapisan mengikut pandangan atau falsafah politik sekiranya cadangan membangunkan platform media sosial khusus untuk rakyat Malaysia dilaksanakan.
- Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berharap piawaian dan falsafah negara kita berkenaan platform media sosial itu tidak ‘serumpun’ dengan pengendali platform media sosial sedia ada, iaitu tidak menyalahgunakan kuasa untuk menghalang rakyat daripada memberi teguran dan pendapat.
- Haniff berkata teguran dan pendapat disuarakan rakyat dalam apa jua perkara bukan kerana membenci kerajaan, sebaliknya disebabkan rasa sayang kepada negara dan menginginkan ia ditadbir urus dengan cara terbaik.
- “Jadi secara rumusannya cadangan dan kenyataan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) untuk mempertimbangkan kebolehan Malaysia mengadakan satu platform media sosial sendiri untuk mengelakkan permasalahan dengan piawaian dan falsafah platform-platform asing adalah sangat dialu-alukan.
- “Tapi pada masa sama jangan kita mengadakan censorship mengikut falsafah politik atau pandangan dan izinkan rakyat menikmati hak bersuara yang betul iaitu seperti dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
- “Tetapi semestinya, ia tertakluk kepada had dan batasan undang-undang sedia ada sama ada sivil mahupun syariah,” katanya menerusi klip video di Facebook di sini hari ini.
- Haniff berkata demikian mengulas laporan berita bertajuk, ‘Our own social media app? Comms Minister Fahmi says govt considering option to keep Malaysians safe online’ yang disiarkan semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang pengamal undang-undang mengingatkan kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang tapisan mengikut pandangan atau falsafah politik sekiranya cadangan membangunkan platform media sosial khusus untuk rakyat Malaysia dilaksanakan.
Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata beliau berharap piawaian dan falsafah negara kita berkenaan platform media sosial itu tidak ‘serumpun’ dengan pengendali platform media sosial sedia ada, iaitu tidak menyalahgunakan kuasa untuk menghalang rakyat daripada memberi teguran dan pendapat.
Haniff berkata teguran dan pendapat disuarakan rakyat dalam apa jua perkara bukan kerana membenci kerajaan, sebaliknya disebabkan rasa sayang kepada negara dan menginginkan ia ditadbir urus dengan cara terbaik.
Beliau berkata dari sudut perundangan pula semestinya individu dalam bidang guaman, termasuk beliau, menginginkan negara ini ditadbir urus berdasarkan konsep keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, termasuk dalam menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.
“Jadi secara rumusannya cadangan dan kenyataan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) untuk mempertimbangkan kebolehan Malaysia mengadakan satu platform media sosial sendiri untuk mengelakkan permasalahan dengan piawaian dan falsafah platform-platform asing adalah sangat dialu-alukan.
“Tapi pada masa sama jangan kita mengadakan censorship mengikut falsafah politik atau pandangan dan izinkan rakyat menikmati hak bersuara yang betul iaitu seperti dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Tetapi semestinya, ia tertakluk kepada had dan batasan undang-undang sedia ada sama ada sivil mahupun syariah,” katanya menerusi klip video di Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berita bertajuk, ‘Our own social media app? Comms Minister Fahmi says govt considering option to keep Malaysians safe online’ yang disiarkan semalam.
Petikan media tempatan berbahasa Inggeris itu antaranya melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan membangunkan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat negara ini, namun pada masa sama gagal menjamin soal keselamatan pengguna.
“Tahun lalu, dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan US$600 juta (RM2.66 bilion) daripada Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di negara ini selamat?
“Mereka kurang komitmen, jadi kita perlu mengkaji dan menilai keadaan. Tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial kita sendiri, tetapi beberapa negara telah mencubanya. Kami akan menelitinya,” kata Fahmi dipetik media tempatan.
Mengulas lanjut, Haniff berkata beliau difahamkan dan percaya antara masalah utama berkaitan cadangan mewujudkan platform media sosial sendiri adalah berkenaan kos.
Beliau berkata perkara itu mungkin boleh diselesaikan dengan mengadakan rundingan bersama beberapa negara ASEAN lain dengan mewujudkan platform media sosial sendiri membabitkan rumpun ASEAN di mana kosnya dapat dikongsikan bersama. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel