Connect with us

Terkini

UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong

Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan mengakui kepentingan cadangan pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam. 
  • Gass dalam satu kenyataan disiarkan di laman sesawang rasmi UNICEF berkata perubahan ini menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran lebih mesra kanak-kanak di kamar mahkamah bagi memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.
  • “Melindungi saksi kanak-kanak dan memenuhi keperluan mereka bukan hanya penting untuk mendapatkan keadilan dalam kes-kes individu tetapi juga mengukuhkan nilai Keyakinan dan Ihsan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada  Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat, semalam. 

Gass dalam satu kenyataan disiarkan di laman sesawang rasmi UNICEF berkata perubahan ini menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih mesra kanak-kanak di kamar mahkamah bagi memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.

“Bayangkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami keganasan rumah tangga, seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang menderita penderaan seksual atau seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan seorang mangsa penderaan fizikal.

“Sekarang bayangkan kanak-kanak sama yang sudah mengalami trauma daripada pengalaman mereka, diperlukan untuk menceritakan kembali kisah mereka di dalam Mahkamah,” katanya.

Beliau berkata keprihatinan awam bagi memastikan saksi kanak-kanak dilayan dengan adil dan boleh menceritakan kembali pengalaman mereka tanpa berhadapan trauma atau pemangsaan seterusnya, semakin meningkat.

“Melindungi saksi kanak-kanak dan memenuhi keperluan mereka bukan hanya penting untuk mendapatkan keadilan dalam kes-kes individu tetapi juga mengukuhkan nilai Keyakinan dan Ihsan.

“Prinsip ini yang berakar umbi dalam nilai MADANI, menyumbang kepada sebuah masyarakat yang lebih kuat dan penuh belas kasihan. Ia memberikan satu mesej yang kuat bahawa sistem kehakiman komited untuk melindungi golongan rentan dan mendukung hak semua orang,” katanya.

Gass berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai usaha ini bagi mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak dalam persekitaran kehakiman.

Meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak bukan sahaja satu keperluan undang-undang, ia adalah satu imperatif moral, katanya.

“Membentangkan pindaan ini adalah satu langkah untuk menjadikan proses kehakiman lebih mesra kanak-kanak,” katanya.

“Usaha kami berterusan supaya laluan kepada keadilan untuk kanak-kanak diluruskan, undang-undang diperkukuh dan pelaku jenayah kanak-kanak dipertanggungjawabkan,” kata Gass sambil menambah tahun ini merupakan tahun ke-70 kehadiran UNICEF di Malaysia, selain daripada perkongsian dengan Kerajaan Malaysia yang mencecah usia 60 tahun.

“Perkara 3.1 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang Malaysia merupakan penandatangan menyatakan bahawa segala tindakan mengenai kanak-kanak termasuk dalam mahkamah, kepentingan terbaik kanak-kanak perlu menjadi pertimbangan utama,” katanya.

Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, dibentangkan oleh Azalina. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending