Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi seru negara Barat sekat Israel atas jenayah perang Gaza

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyeru agar sekatan dikenakan ke atas Israel dan pegawai-pegawainya ekoran jenayah perang dilakukan ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud.
  • Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyeru agar sekatan dikenakan ke atas Israel dan pegawai-pegawainya ekoran jenayah perang dilakukan ke atas Gaza.
  • Kenyataan itu merupakan penentangan paling terbuka kerajaan Arab Saudi terhadap kekejaman Israel setakat ini, lapor MEMO.
  • Bercakap sebagai panel di Mesyuarat Majlis Hubungan Luar Negeri Eropah (ECFR) di Madrid, Sepanyol, minggu ini, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, menekankan bahawa pasukan Israel melanggar “prinsip-prinsip asas” undang-undang kemanusiaan antarabangsa setiap hari di Gaza.
  • Beliau turut menegaskan bagaimana negara-negara Barat dengan mudah boleh mengenakan langkah-langkah mencegah jenayah tersebut daripada terus berlaku.
  • “Ia sangat mudah untuk Eropah, jika ia berkehendak, untuk fokus kepada isu-isu kemanusiaan, sekurang-kurangnya, mempertanggungjawabkan Israel dalam hal sama ada mereka memenuhi tanggungjawab mereka atau sebaliknya dalam membenarkan penduduk awam Gaza mendapat akses keperluan kemanusiaan,” kata Faisal.

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyeru agar sekatan dikenakan ke atas Israel dan pegawai-pegawainya ekoran jenayah perang dilakukan ke atas Gaza.

Kenyataan itu merupakan penentangan paling terbuka kerajaan Arab Saudi terhadap kekejaman Israel setakat ini, lapor MEMO.

Bercakap sebagai panel di Mesyuarat Majlis Hubungan Luar Negeri Eropah (ECFR) di Madrid, Sepanyol, minggu ini, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, menekankan bahawa pasukan Israel melanggar “prinsip-prinsip asas” undang-undang kemanusiaan antarabangsa setiap hari di Gaza.

Beliau turut menegaskan bagaimana negara-negara Barat dengan mudah boleh mengenakan langkah-langkah mencegah jenayah itu daripada terus berlaku.

“Ia sangat mudah untuk Eropah, jika ia berkehendak, untuk fokus kepada isu-isu kemanusiaan, sekurang-kurangnya, mempertanggungjawabkan Israel dalam hal sama ada mereka memenuhi tanggungjawab mereka atau sebaliknya dalam membenarkan penduduk awam Gaza mendapat akses keperluan kemanusiaan,” kata Faisal.

Komen menteri luar itu merupakan kecaman paling keras Arab Saudi terhadap serangan berdarah Israel ke atas wilayah Palestin yang terkepung selepas hampir sembilan bulan ini.

Ia juga merupakan ungkapan penentangan paling kuat terhadap jenayah perang Israel setakat ini.

Walaupun Israel belum memberikan respon terbuka terhadap kenyataan itu, ia dikatakan berkemungkinan menyebabkan keretakan lebih meluas antara Riyadh dan Tel Aviv serta mengganggu usaha rundingan bagi menormalisasikan hubungan diplomatik mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending