Connect with us

Antarabangsa

Perang Gaza melarat ke sempadan Lubnan

Tentera Israel mengumumkan bahawa rancangan operasi untuk serangan di Lubnan telah “diluluskan dan disahkan.”

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel mengumumkan bahawa rancangan operasi untuk serangan di Lubnan telah “diluluskan dan disahkan.”
  • “Sebagai sebahagian daripada  penilaian situasi, rancangan operasi untuk serangan di Lubnan diluluskan dan dilaksanakan dan keputusan telah dibuat untuk terus mempercepatkan kesiapsiagaan pasukan di lapangan,” kata tentera rejim Israel dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera.
  • Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun berkata bahawa ia tidak mahu melihat berlakunya peperangan serantau yang lebih luas di Timur Tengah, demikian menurut Pentagon.

Tentera Israel mengumumkan bahawa rancangan operasi untuk serangan di Lubnan telah “diluluskan dan disahkan.”

“Sebagai sebahagian daripada  penilaian situasi, rancangan operasi untuk serangan di Lubnan diluluskan dan dilaksanakan dan keputusan telah dibuat untuk terus mempercepatkan kesiapsiagaan pasukan di lapangan,” kata tentera rejim Israel dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera.

Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun menerusi Pentagon berkata pihaknya tidak mahu melihat berlakunya peperangan serantau yang lebih luas di Timur Tengah.

Israel meluluskan operasi tersebut ketika Utusan Khas AS Amos Hochstein berada di Lubnan hari ini, selepas bertemu pemimpin Israel bagi meredakan situasi yang semakin tegang di sempadan wilayah jajahan Israel-Lubnan.

Hizbullah dua hari lalu mengesahkan kematian seorang pejuangnya yang menjadikan jumlah kematian wilayah itu sejak Oktober kepada 342 orang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending