Antarabangsa
Mayat kanak-kanak Gaza ‘berkecai’ dalam serangan Israel di sekolah UNRWA
Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.
- Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.
- The New Arab melaporkan antara yang cedera dan terbunuh adalah kanak-kanak yang mayatnya tiba dalam keadaan berkecai di Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir Al-Balah.
- Serangan udara Israel semalaman itu menyasarkan sekolah Al-Sardi yang sesak dan dipenuhi penduduk terusir yang melarikan diri selama lapan bulan dalam serangan ganas Israel di wilayah Gaza.
- Pejabat Media Kerajaan Gaza mengutuk serangan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan… yang memalukan manusia.”
- “Kami menganggap pendudukan Israel dan pentadbiran Amerika bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza,” kata pejabat media itu.
Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.
The New Arab melaporkan antara yang cedera dan terbunuh adalah kanak-kanak yang mayatnya tiba dalam keadaan berkecai di Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir Al-Balah.
Serangan udara Israel semalaman itu menyasarkan sekolah Al-Sardi yang sesak dan dipenuhi penduduk terusir yang melarikan diri selama lapan bulan dalam serangan ganas Israel di wilayah Gaza.
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengutuk serangan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan… yang memalukan manusia”.
“Kami menganggap pendudukan Israel dan pentadbiran Amerika bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza,” kata pejabat media itu.
Tentera Israel mendakwa ia menyasarkan “kawasan Hamas” dalam sekolah dimiliki Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
“Jet pejuang… melakukan serangan tepat menyasarkan kawasan Hamas di dalam sekolah UNRWA di kawasan Al-Nuseirat,” kata tentera rejim dalam satu kenyataan.
Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabta dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu Reuters bahawa 40 orang terbunuh dan 73 cedera. – The Merdeka Times