Connect with us

Antarabangsa

AS kenakan sekatan ke atas syarikat semikonduktor Malaysia

Syarikat pengeluar semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) bulan lalu atas dakwaan menghantar bahagian elektronik penting dan komponen kepada Russia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat pengeluar semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) bulan lalu atas dakwaan menghantar bahagian elektronik penting dan komponen kepada Russia.
  • Media tempatan memetik Al Jazeera hari ini melaporkan Jatronics Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur adalah antara 300 entiti dalam senarai sekatan AS berikutan hubungan mereka dengan pembekal tentera Russia.
  • Laporan itu memetik jurucakap Jabatan Negara AS mengatakan beberapa bahan dihantarkan syarikat berkenaan ke Russia, termasuk item Tahap 1 dalam Senarai Item Keutamaan Tinggi Jabatan Perdagangan AS.
  • Item Tahap 1 merujuk kepada item “paling membimbangkan kerana peranan kritikalnya dalam pengeluaran sistem senjata berpandu tepat canggih Russia, kekurangan pengeluaran domestik Russia dan pengilang global yang terhad.”
  • Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memposisikan Malaysia sebagai pusat neutral untuk rantaian bekalan semikonduktor di tengah-tengah perang teknologi AS-China dengan tujuan menarik pelaburan baru bernilai AS$100 bilion.

KUALA LUMPUR — Syarikat pengeluar semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) bulan lalu atas dakwaan menghantar bahagian elektronik penting dan komponen kepada Russia.

Media tempatan memetik Al Jazeera hari ini melaporkan Jatronics Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur adalah antara 300 entiti dalam senarai sekatan AS berikutan hubungan mereka dengan pembekal tentera Russia.

Laporan itu memetik jurucakap Jabatan Negara AS mengatakan beberapa bahan dihantarkan syarikat berkenaan ke Russia, termasuk item Tahap 1 dalam Senarai Item Keutamaan Tinggi Jabatan Perdagangan AS.

Item Tahap 1 merujuk kepada item “paling membimbangkan kerana peranan kritikalnya dalam pengeluaran sistem senjata berpandu tepat canggih Russia, kekurangan pengeluaran domestik Russia dan pengilang global yang terhad.”

“Jatronics membekalkan komponen ini kepada syarikat yang berpangkalan di Russia yang membekalkan kompleks industri ketenteraan Russia,” kata jurucakap berkenaan sebagai memetik laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan pegawai AS tidak mengesahkan sekiranya komponen dihasilkan Jatronics digunakan dalam peralatan ketenteraan Russia.

Menurut Center for Advanced Defense Studies (C4ADS), sebuah badan pemikir yang berpusat di Washington, Jatronics membuat lebih dari 50 penghantaran kepada syarikat di Russia bernilai lebih dari AS$3 juta antara April 2022 dan September tahun lalu.

Bahan-bahan berkenaan, termasuk cip mikro, semikonduktor dan wafer silikon, yang menjadi bahan mentah membuat semikonduktor.

Jatronics menurut data C4ADS membuat penghantaran kepada lapan syarikat berbeza di Russia, termasuk OOO Planar, yang dikenakan sekatan oleh AS pada Mac 2022.

Al Jazeera dalam laporan itu memaklumkan pihaknya sudah menghubungi Jatronics untuk mendapatkan komen, tetapi syarikat itu enggan memberi respons.

Pada Disember lalu, AS dilaporkan menyekat empat syarikat berpangkalan di Malaysia kerana didakwa menyediakan komponen untuk program senjata Iran khususnya untuk membantu pengeluaran dron.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memposisikan Malaysia sebagai pusat neutral untuk rantaian bekalan semikonduktor di tengah-tengah perang teknologi AS-China dengan tujuan menarik pelaburan baru bernilai AS$100 bilion. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending