Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Ahli Parlimen kibar bendera, berpakaian warna bendera Palestin di Parlimen Perancis

Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, penggubal undang-undang berhaluan kiri Perancis dilaporkan menghadiri sesi Parlimen dengan memakai pakaian mewakili warna bendera Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Parlimen dari La France Insoumise (LFI), Rachel Keke mengibarkan bendera Palestin.

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, penggubal undang-undang berhaluan kiri Perancis dilaporkan menghadiri sesi Parlimen dengan memakai pakaian mewakili warna bendera Palestin.

Dewan Rendah Parlimen atau Perhimpunan Kebangsaan pada Selasa menyaksikan beberapa Ahli Parlimen terbabit berpakaian hijau, hitam, merah dan selebihnya berpakaian putih, mewakili warna bendera Palestin, lapor agensi berita Anadolu.

Sesi sidang itu dihentikan selepas Ahli Parlimen dari La France Insoumise (LFI), Rachel Keke mengibarkan bendera Palestin persis dilakukan rakan partinya, Sebastien Delogu minggu lalu.

Delogu sebelum ini digantung dari menghadiri Parlimen Perancis selama 15 hari atas tindakan sama.

Perancis secara terbuka menyokong rejim zionis Israel sejak bermulanya konflik pada 7 Oktober tahun lalu, tetapi ahli LFI bertindak bangkit bersolidariti dengan Palestin dan mengkritik pendirian kerajaan.

Israel mengenakan sekatan melumpuhkan ke atas Gaza sejak serangan balas Hamas ekoran penindasan dan penjajahan rejim Israel pada 7 Oktober lalu, mengharamkan kemasukan makanan, bahan api dan ubat-ubatan ke dalam wilayah konflik yang menempatkan hampir 2.3 juta penduduk. – The Merdeka Times

Author