Connect with us

Terkini

Tubuh Mahkamah Utama Syariah licinkan undang-undang Pahang – Sultan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah bagi melicinkan lagi undang-undang syariah di negeri itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah bagi melicinkan lagi undang-undang syariah di negeri itu.
  • Baginda bertitah buat masa ini, Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
  • “Undang-undang Islam dan hukum kanun di Pahang bermula sejak zaman Sultan Pahang ke-12 dan ia diperbaiki dari semasa ke semasa.
  • “Pada tahun 2012 kita perkemaskan hukum kanun dan undang-undang syariah, buat pengetahuan delegasi, sistem perundangan di Pahang kita ada tiga peringkat hukum syariah,” titah baginda pada Majlis Penutupan ‘International Conference on Contemporary Education in The Islamic World (ICCEIW)’ di sini pada Selasa.
  • Al-Sultan Abdullah bertitah cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk tindakan seterusnya.

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah bagi melicinkan lagi undang-undang syariah di negeri itu.

Baginda bertitah buat masa ini, Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

“Undang-undang Islam dan hukum kanun di Pahang bermula sejak zaman Sultan Pahang ke-12 dan ia diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Pada tahun 2012 kita perkemaskan hukum kanun dan undang-undang syariah, buat pengetahuan delegasi, sistem perundangan di Pahang kita ada tiga peringkat hukum syariah,” titah baginda pada Majlis Penutupan ‘International Conference on Contemporary Education in The Islamic World (ICCEIW)’ di sini pada Selasa.

Titah baginda itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah bertitah cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk tindakan seterusnya.

ICCEIW merupakan persidangan yang julung kali diadakan kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Yayasan Pahang, MUIP dan Kesatuan Universiti-universiti Islam Sedunia (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah).

Persidangan selama tiga hari bermula Ahad, disertai 300 peserta dari 22 negara antaranya Indonesia, Brazil, Syria, India, Libya, Tunisia, Kanada dan Arab Saudi.

Persidangan itu yang turut disertai Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Dr Salamah Daud, bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baru perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu, terutama bidang pendidikan. – BERNAMA

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending