Connect with us

Antarabangsa

Serangan Israel ke atas Rafah ‘bukan operasi besar’ – AS

Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel.
  • Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
  • “Kebenaran fakta di lapangan ialah kita masih belum melihat operasi besar-besaran di Rafah. 
  • “Kami jelas tentang apa (operasi) ini bukan, iaitu (ia bukan) operasi ketenteraan besar-besaran,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel dipetik Al Jazeera hari ini.
  • Tindakan rejim Israel memperdalam pencerobohannya ke Rafah dan memperhebatkan keganasan dalam beberapa hari kebelakangan ini membunuh puluhan rakyat Palestin. 

Serangan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza masih belum menjadi “operasi besar,” demikian kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

“Kebenaran fakta di lapangan ialah kita masih belum melihat operasi besar-besaran di Rafah. 

“Kami jelas tentang apa (operasi) ini bukan, iaitu (ia bukan) operasi ketenteraan besar-besaran,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel dipetik Al Jazeera hari ini.

Tindakan rejim Israel memperhebatkan keganasan di Gaza dalam beberapa hari kebelakangan ini membunuh puluhan rakyat Palestin. 

Jawapan Patel merupakan respon terhadap soalan mengenai tindakan apakah serangan selama tiga minggu di Rafah dikira melintasi “garisan merah” yang sebelum ini diberi amaran oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kepada Israel berkenaan pencerobohan penuh ke atas Rafah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending