Connect with us

Terkini

Fenomena Islamofobia harus diselesaikan demi perpaduan sejagat – Ulama Mesir

Penyelesaian masalah Islamofobia harus menjadi agenda penting pemimpin negara Islam, ulama dan cendekiawan Islam dalam memastikan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat sejagat terus terjamin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penyelesaian masalah Islamofobia harus menjadi agenda penting pemimpin negara Islam, ulama dan cendekiawan Islam dalam memastikan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat sejagat terus terjamin.
  • Menurut Ketua Bidang Syariah Dar Fatwa Mesir Dr Ali Omar Al-Farouq fenomena Islamofobia kini semakin giat dipropagandakan segelintir masyarakat yang takut dengan penyebaran Islam terutama dalam suasana kemajuan teknologi dan kepesatan media sosial.
  • “Golongan ini cuba mempengaruhi pemikiran orang ramai yang berminat dan ingin memeluk agama Islam dengan menyebarkan naratif negatif bahawa Islam mempromosikan keganasan dan ekstremisme. Mereka juga mengatakan agama Islam tidak menyeru kepada perpaduan dan kedamaian,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Meja Arab Bernama pada Rabu.
  • Ali Omar berkata sesiapa mengkaji bagaimana umat Islam hidup bermasyarakat pada zaman Rasulullah SAW akan menyedari apa dipropaganda itu bertentangan ajaran Islam.

KUALA LUMPUR — Penyelesaian masalah Islamofobia harus menjadi agenda penting pemimpin negara Islam, ulama dan cendekiawan Islam dalam memastikan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat sejagat terus terjamin.

Menurut Ketua Bidang Syariah Dar Fatwa Mesir Dr Ali Omar Al-Farouq fenomena Islamofobia kini semakin giat dipropagandakan oleh segelintir masyarakat yang takut dengan penyebaran Islam terutama dalam suasana kemajuan teknologi dan kepesatan media sosial.

“Golongan ini cuba mempengaruhi pemikiran orang ramai yang berminat dan ingin memeluk agama Islam dengan menyebarkan naratif negatif bahawa Islam mempromosikan keganasan dan ekstremisme. Mereka juga mengatakan agama Islam tidak menyeru kepada perpaduan dan kedamaian,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Meja Arab Bernama pada Rabu.

Ali Omar berkata sesiapa yang mengkaji bagaimana umat Islam hidup bermasyarakat pada zaman Rasulullah SAW akan menyedari bahawa apa yang mereka propaganda itu bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Belau berkata negara Islam zaman Rasulullah itu diasaskan berdasarkan keamanan dan kewujudan bersama antara masyarakat pelbagai agama yang hidup aman dengan pemeteraian Piagam Madinah.

Mengenai persidangan Majlis Ulama Asia pada kali ini, Ali Omar berkata persidangan itu menjadi satu platform terbaik untuk membincangkan isu-isu yang menjadi perhatian umat Islam pada zaman ini.

“Umat Islam sangat memerlukan persidangan seperti ini supaya ia dapat membantu memperbetulkan pemahaman tentang agama Islam dan pada masa sama menyatukan semua pemikiran,” katanya.

Beliau juga berharap persidangan susulan akan diadakan selepas ini supaya idea yang dibincangkan dapat diterima pakai dan dilaksanakan pada masa hadapan.

Majlis Ulama Asia 2024 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan kehadiran Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa.

la dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MWL. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending