Connect with us

Antarabangsa

Vatican kecam pembedahan pengesahan jantina, teori jantina dan ibu tumpangan

Vatican mengisytiharkan pembedahan pengesahan jantina dan ibu tumpang merupakan pencabulan maruah manusia dalam dokumen terbaharu disahkan Pope Francis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Gereja Katolik, Pope Francis.
  • Vatican mengisytiharkan pembedahan pengesahan jantina dan ibu tumpang merupakan pencabulan maruah manusia dalam dokumen terbaharu disahkan Pope Francis.
  • Al Jazeera melaporkan Dignitas Infinita setebal 20 halaman atau Infinite Dignity itu diterbitkan pada Isnin minggu lalu oleh jabatan doktrin berpengaruh Vatican, merupakan hasil akhir kerja selama lima tahun.
  • Ia diterbitkan ketika mana Gereja Katolik berbelah bahagi atas pelbagai isu sosial merangkumi tema utama Pope Francis selama 11 tahun, daripada peperangan kepada ekologi dan keadilan sosial.
  • Walaupun dokumen itu mengesahkan tentangan lama gereja terhadap pengguguran dan eutanasia (prosedur menghilangkan penderitaan dengan diakhiri kehidupan), Vatican kini turut mengulangi penolakan terhadap teori jantina atau idea bahawa jantina seseorang itu boleh diubah. 
  • Ia menyebut bahawa Tuhan mencipta lelaki dan wanita sebagai makhluk yang berbeza secara biologi, berasingan dan mengatakan bahawa manusia tidak boleh bermain-main dengan rancangan itu atau cuba “menjadikan diri sendiri Tuhan”.

Vatican mengisytiharkan pembedahan pengesahan jantina dan ibu tumpang merupakan pencabulan maruah manusia dalam dokumen terbaharu disahkan Pope Francis.

Al Jazeera melaporkan Dignitas Infinita setebal 20 halaman atau Infinite Dignity itu diterbitkan pada Isnin minggu lalu oleh jabatan doktrin berpengaruh Vatican, merupakan hasil akhir kerja selama lima tahun.

Ia diterbitkan ketika mana Gereja Katolik berbelah bahagi atas pelbagai isu sosial merangkumi tema utama Pope Francis selama 11 tahun, daripada peperangan kepada ekologi dan keadilan sosial.

Walaupun dokumen itu mengesahkan tentangan lama gereja terhadap pengguguran dan eutanasia (prosedur menghilangkan penderitaan dengan diakhiri kehidupan), Vatican kini turut mengulangi penolakan terhadap teori jantina atau idea bahawa jantina seseorang itu boleh diubah. 

Ia menyebut bahawa Tuhan mencipta lelaki dan wanita sebagai makhluk yang berbeza secara biologi, berasingan dan mengatakan bahawa manusia tidak boleh bermain-main dengan rancangan itu atau cuba “menjadikan diri sendiri Tuhan”.

Ia mengakui kemungkinan diperlukan pembedahan untuk menyelesaikan “keabnormalan alat kelamin” tetapi menekankan bahawa “prosedur perubatan sedemikian tidak dikira perubahan jantina dalam erti kata yang dimaksudkan di sini”.

Pengisytiharan itu turut menyebut bahawa ibubapa ganti (iaitu kaedah ibu tumpang) melanggar maruah kedua-duanya (iaitu) ibu tumpang dan kanak-kanak tersebut, mengingatkan kenyataan Pope Francis pada Januari lalu yang menyebutnya sebagai “keji” dan menggesa larangan global. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending