Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel berundur, musnahkan Hospital Al-Shifa di Gaza City

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa di Gaza City pada Isnin, meninggalkan kesan korban nyawa dan kemusnahan besar-besaran di kawasan hospital itu dan kawasan sekelilingnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa di Gaza City pada Isnin, meninggalkan kesan korban nyawa dan kemusnahan besar-besaran di kawasan hospital itu dan kawasan sekelilingnya.
  • Tentera rejim berundur sepenuhnya dari dalam hospital dan kawasan sekitarnya ke arah kawasan selatan kejiranan Tel al-Hawa di barat daya Gaza City, kata saksi kepada agensi berita Anadolu.
  • Tentera Israel membakar semua bangunan di hospital sehingga menyebabkan semua perkhidmatan terhenti sepenuhnya, kata saksi.
  • Mereka berkata tentera Israel memusnahkan bangunan pembedahan khusus dan membakar ruang legar penerimaan utama dan bangunan kecemasan.
  • Saksi turut melaporkan penemuan mayat-mayat bergelimpangan di dalam dan di jalan-jalan di sekeliling hospital.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa di Gaza City pada Isnin, meninggalkan kesan korban nyawa dan kemusnahan besar-besaran di kawasan hospital itu dan kawasan sekelilingnya.

Tentera rejim berundur sepenuhnya dari dalam hospital dan kawasan sekitarnya ke arah kawasan selatan kejiranan Tel al-Hawa di barat daya Gaza City, kata saksi kepada agensi berita Anadolu.

Tentera Israel membakar semua bangunan di hospital sehingga menyebabkan semua perkhidmatan terhenti sepenuhnya, kata saksi.

Mereka berkata tentera Israel memusnahkan bangunan pembedahan khusus dan membakar ruang legar penerimaan utama dan bangunan kecemasan.

Menurut saksi, tentera Israel juga membakar wad bangunan buah pinggang, wad ibu bersalin, peti sejuk bilik mayat, fasiliti kanser, fasiliti luka terbakar dan dimusnahkan bangunan klinik pesakit luar.

Menurut sumber perubatan Palestin, hospital itu kini sudah tidak beroperasi sepenuhnya dengan situasi tentera memusnahkan semua peralatan perubatan di bilik pembedahan dan unit rawatan rapi.

Saksi turut melaporkan penemuan mayat-mayat bergelimpangan di dalam dan di jalan-jalan di sekeliling hospital.

Mereka turut melaporkan tindakan kumpulan tentera rejim zionis memusnahkan tanah perkuburan sementara dibuat penduduk Palestin di fasiliti itu dengan mayatnya dikeluarkan dan diselerakkan di serata kawasan hospital.

Mereka selanjutnya menyatakan tentera Israel membakar dan memusnahkan banyak rumah dan bangunan kediaman di sekitar hospital.

Tentera Israel menyerbu hospital yang merupakan kemudahan perubatan terbesar di wilayah Gaza itu yang menempatkan beribu-ribu pesakit dan orang yang dipindahkan itu pada 18 Mac lalu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending