Antarabangsa
UK henti salur ubat penyekat akil baligh kepada kanak-kanak
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain akan berhenti menyediakan ubat penyekat akil baligh kepada kanak-kanak di klinik “identiti jantina” mereka.

- Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain akan berhenti menyediakan ubat penyekat akil baligh kepada kanak-kanak di klinik “identiti jantina” mereka.
- Perkara itu diumumkan pada 12 Mac lalu dengan kerajaan konservatif United Kingdom (UK) mengalu-alukan keputusan bersejarah itu, lapor RT.
- Keputusan itu dilaporkan beberapa media British dan dibuat selepas perundingan dan penyiasatan awam selama empat tahun ke atas aktiviti Perkhidmatan Pembangunan Identiti Jantina (GIDS) NHS yang dijalankan di Tavistock and Portman NHS Trust di London.
- Klinik Tavistock diarah tutup pada 2022 selepas penyiasatan mendapati doktornya “menyegerakan” kanak-kanak seawal usia tujuh tahun untuk menjalani prosedur eksperimen perubahan jantina untuk mengubah hidup mereka.
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain akan berhenti menyediakan ubat penyekat akil baligh kepada kanak-kanak di klinik “identiti jantina” mereka.
Perkara itu diumumkan pada 12 Mac lalu dengan kerajaan konservatif United Kingdom (UK) mengalu-alukan keputusan bersejarah itu, lapor RT.
Keputusan itu dilaporkan beberapa media British dan dibuat selepas perundingan dan penyiasatan awam selama empat tahun ke atas aktiviti Perkhidmatan Pembangunan Identiti Jantina (GIDS) NHS yang dijalankan di Tavistock and Portman NHS Trust di London.
Klinik Tavistock diarah tutup pada 2022 selepas penyiasatan mendapati doktornya “menyegerakan” kanak-kanak seawal usia tujuh tahun untuk menjalani prosedur eksperimen perubahan jantina untuk mengubah hidup mereka.
Ubat penghalang akil baligh menghalang tubuh daripada mengalami perubahan fizikal biasa yang berlaku semasa akil baligh. Bagi kanak-kanak lelaki, ia mengehadkan pertumbuhan zakar, buah zakar dan pertumbuhan bulu.
Bagi kanak-kanak perempuan, ia melambatkan perkembangan payudara dan menghalang haid. Pesakit yang mengambil penghalang akil baligh mengikuti rawatan ini dengan terapi hormon silang jantina dalam usaha untuk menukar jantina mereka.
Walaupun pendokong ubat-ubatan ini mengekalkan pandangan bahawa perubahan ini boleh diterbalikkan, penyekat akil baligh sering dikaitkan dengan masalah tulang rapuh dan kecacatan kemaluan pesakit.
Menteri Kesihatan, Maria Caulfield berkata kerajaan mengalu-alukan keputusan penting itu dan menambah bahawa “menghentikan preskripsi rutin penyekat akil baligh akan membantu memastikan penjagaan kanak-kanak adalah berdasarkan bukti, pendapat pakar klinikal, untuk kepentingan terbaik kanak-kanak itu”. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login